Salam sejahtera dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Rabbul Izzati...
Pemuda-pemudi harapan!
Renungilah dengan teliti, satu hakikat yang sangat penting bagi kalian...
"Barangsiapa melakukan kebaikan sebesar zarah sekalipun, niscaya akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya"(QS Al-Zalzalah: 7-8)
Anak-anakku yang dikasihi kerana Allah,
Dengan pertimbangan akal yang waras lagi matang, pastinya kita berhajat untuk melihat hasil kebaikan dari perlakuan kita. Justru itu kebaikan jugalah yang mesti kita usahakan. Kebaikan yang kita usahakan ini pula sentiasa berlangsung dalam apa jua keadaan, samaada susah maupun senang. Semua ini akan mudah kita lakukan sekiranya kita dasarkan kepada 3 sikap asas;
1. POSITIF
* fikiran positif
* perasaan positif
* keyakinan positif
* tindakan positif
* penyelesaian positif
* peluang positif
* kawan positif
Segala yang positif ini akan mempengaruhi seluruh gaya hidup kita. Nantinya akan mendorong kita melakukan kebaikan. Setiap perbuatan baik itu pula menjuruskan kita memperolehi ganjaran baik.
2. KREATIF
* tidak mudah terikut-ikut
* tidak cerewet
* sentiasa ceria
* kepekaan tinggi terhadap yang dirasa, difikir dan diucapkan
* berpandangan jauh
* melawan halangan
* tinggi semangat dan keyakinan diri
* banyak pengalaman/suasana hidup yang telah dilalui
* tidak berputus asa.
Sikap kreatif dapat mengeluarkan kita dari kongkongan rasa kecewa yang terikat pada hanya satu tindakan dan persepsi. Dengan langkah kreatif kita akan sentiasa segar mengenal pasti berbagai cara dan alternatif lain bagi menghadapi apa jua bentuk kegawatan suasana . Tidak bosan untuk menerapkan berbagai kaedah sehingga selesai kemelut. Dalam masa yang sama kita turut cenderung melakukan yang baik dan terbaik. Maka nanti pasti hasilnya juga akan jadi yang baik.
3. PERANAN KHALIFAH
Dengan sentiasa mengingati kita telah diamanahkan tanggungjawab memakmurkan alam, setiap langkah yang diambil perlu terkawal. Tidak menjurus kepada keburukan. Semua yang dilakukan mesti dalam batas perbuatan baik. Demi hasil yang juga baik dan menjadikan orang lain melakukan kebaikan.
Pemuda-pemudi harapan!
Buktikanlah kenyataan ini tepat...,agar nanti kalian sentiasa ringan melakukan kebaikan. Walau ketika ditimpa musibah. Juga sentiasa bersegera mensyukuri nikmat di waktu melimpah ruah rezeki dan kebaikan.
Wallahu'alam.
5 ulasan:
terima kasih atas perkongsian Ummu Anas di entri kali ni..
20 Mac 2010 pada 7:10 PGIzzat ada menjenguk komen Ummu kat blog seorang sahinah. (bingkisan Huraiyah). mengenai promosi ummu untuk mendidik anak2 yg berminat dalm penulisan..
jadi.
jika ana berminat?
salam anakda 'izzat ats respon itu.
20 Mac 2010 pada 9:07 PGjika anakda juga brminat.., bolehlah sertakn email. atau tinggalkan mesej di email ummi; bintul.eslah@gmail.com
insyaAllah ummi akn cuba dgn sikit keupayaan diri kerdil ini.
jika anakda ada satu kumpulan sahabat n sahibah, itu lebih baik utk ummi mulakan bimbingan serentak,
boleh dgn email atau satu masa brbengkel.
anakda fikir n pilih, mana yg ssuai..nanti ummi susun pula waktu yg ssuai bg ummi.
salam ummu..entri ummu kali ini mmg mngena di jiwa ana..mcm utk ana jer..hehe..
20 Mac 2010 pada 1:38 PTGsyukran ummu atas nasihat yg dberikan..really appreciate it..
ana mmg berminat dlm penulisan..malangnya ana masih bersekolah dalam marhalah khassah 2..jd tak bnyak masa boleh diluangkan untuk bidang ni..
tapo ana akan cuba insyAAllah..
wkmsalam anakda huraiyah,
20 Mac 2010 pada 4:45 PTGjika anakda sdg dlm khassah 2, ummi cadangkan menulis diari secara konsisten n brsungguh2. elok juga serius mnulis puisi. dgn mnulis puisi, dpt melatih mngindah dan mghaluskan bahasa. Mnulis diari pula, boleh melatih mnyimpan dan mnulis maklumat secara brterusan. ttg mnulis entri d blog, sebaiknya dijadualkn masa trtentu...spaya masa trurus dgn baik.
Brbalik kpd prsoalan risau/runsing yg anakda kemukakan trdahulu, ummi nampak prlu di tangani dgn anakda bri masa yg byk utk prhatian n tumpuan brsendiri. tidak trlalu hirau/bimbang keadaan org lain. kerana pd hakikatnya...org lain sdg tumpu byk masa utk diri sendiri...jika kita byk risaukan mereka.., nanti kita trluka n kecewa.
Sebenarnya byk masa kita prlu bri utk munajat kpd Allah. Latih utk byk mnangisi nasib diri di hadapan Allah. Terutama masa sujud. Yakinlah ia mmberi kesan yg mndalam n lama spanjang hayat. Cubalah anakda praktikkan...insyaAllah broleh prtunjuk dan dimudahkan Allah...
ttg bimbingan mnulis itu..prtama ini anakda buat dahulu sprti yg ummi csdsngkn di ats. jika nanti huraiyah sudah ringan ttgjwb belajar, akn ummi bimbing secara serius. mmg ummi sudi mmbimbing siapa saja remaja yg brminat.
penyelesaian utama utk anakda huraiyah sekarang ialah BERI TUMPUAN PD DIRI N MINAT SENDIRI.
akhirnya ummi minta maaf jika huraian ummi trlalu panjang. Sebenarnya ummi hajat anakda trbimbing dgn baik.
xpe ummu...ana suka....
20 Mac 2010 pada 7:40 PTGCatat Ulasan