UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

Indahnya Perjalanan

Salam ukhwah dan mahabbah dengan limpahan rahmat
dan barakah dari Ilahi.

Istimewa untuk seluruh pemuda-pemudi di seluruh pelusuk bumi tercinta....

Sedia kita maklumi penghujung tahun begini, di serata ceruk rantau dunia ini, lazimnya merupakan musim bercuti dan bersantai buat sesiapa saja. Baik sendirian , maupun yang banyaknya bersama-sama ahli keluarga. Begitu juga bagi diriku yang sangat sukakan keindahan alam buana.
Dengan memerhatikan keindahan alam cipta Allah ini...terasa hatiku terlalu tersentuh. Hingga terasa kelu lidah untuk mengungkapkan kata-kata. Hanya terpacul kata-kata Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakhbar!....

Tambah Imej
Saat ini diriku sedang berada di bumi Minangkabau, Padang, Sumatera Barat. Daku terlalu terpegun memerhatikan luarbiasanya alam ciptaan Allah di sini. Baersama-sama ini disertakan beberapa panorama yang indah lagi mengusik hatiku...
-Batu Malin Kundang-

-Bendang di Padang- -Danau Maninjau-
-Danau Di Atas, Danau Di Bawah-



BANGUNLAH Bina Cita-cita Baru



Putera-puteri Islam sejati! Taufik, hidayat, rahmat dan keberkatan sangat-sangat diharapkan semoga sentiasa Allah limpahkan. Kita berlindung kepada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk. Kita yakini Allah sebaik-baik Pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya iman. Semoga Allah merestui junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga baginda sebagaimana Allah merestui Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Allah sangat berhak dipuji dan diagugkan.



Putera-puteri yang sangat dirindui dan dikasihi dengan kasih sayang Islam, bersyukurlah kita masih dikurniakan hayat yang sihat. Kesyukuran yang utama mesti sentiasa kita rasai adalah mensyukuri nikmat berada dalam agama Islam. Jika sebaliknya yang berlaku... Nauzubillah! Kita di dalam kawah kesesatan dan kehancuran!






Putera-puteri harapan. Ingatlah kembali gambaran sewaktu kecil kalian... Kanak-kanak yang baru lahir tidak mengetahui sesuatu apa pun, kemudian Allah bekalkan dangan pendengaran, penglihatan dan akal. Semua persediaan ini sesuai dengan keperluannya dalam meneruskan kehidupan. Hayati firman Allah dalam surah An-Nahl, ayat 78:

"Dan Allah mendgeluarkan kamu dari perut ibu-mu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati supaya kamu bersyukur."



Seterusnya putera-puteri, bayangkan seandainya seorang kanak-kanak yang dimaksudkan hilang pendengarannya, sudah tentu dia akan mengalami kesukaran dalam hidupnya. Dia akan kurang pengetahuan dan dan tidak boleh bercakap kerana tidak mendengar sebarang bunyi. Sukar juga untuk kita menyampaikan maklumat kepadanya dengan bahasa isyarat. Manakala kanak-kanak yang hilang penglihatan pula, dapat menggunaka pendengaran untuk belajar bercakap. Namun, dia tidak dapat mengetahui sebarang bentuk atau warna sesuatu benda. Lebih bermasalah lagi kanak-kanak yang yang hilang akal atau terencat akal. Sepanjang hidupnya menjadi kelam.



Putera-puteri Islam yang sentiasa berfifkir, bagaimana pula hal keadaan kanak-kanak yang hilang ketiga-tiga persediaan hidupnya... Hilang pendengaran, penglihatan dan akal? Ya pasti hidupnya sangat susah. Tidak ada apa yang dapat diketahui dan tiada apa juga yang disampaikan. Seolah-olah terputus daripada hakikat kehidupan sebenar. Begitulah keadaan orang yang hilang nikmat hidup secara fizikal. Bagaimana pula jika hilang nikmat hidup berbentuk kejiwaan? Sudah tentu keadaanya akan lebih buruk... Telitilah maksud firman Allah menerusi surah Al-'Araf, ayat 179,

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaka untuk melihat (tanda-tanda) kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."



Begitulah putera-puteri Islam harapan, dengan pengamatan ringkas ini ibu harap kalian dapat menilai betapa besarnya setiap nikmat-nikmat yang Allah sediakan. Terutamanya nikmat pancaindera yang sepatutnya digunakan untuk mengenali Allah dan menghambakan diri kepada-Nya.



Ingatlah putera-puteri ibu! Sekurang-kurangnya darjat syukur yang mesti ada pada kita adalah untuk taat kepada Allah dan serentak dengan itu menjauhi maksiat. Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36:

" Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati semuanya itu dipertanggungjawabkan di sisi Allah."





Putera-puteri Islam sejati! Secara tabii, kalian sewaktu kecil suka meniru perlakuan orang yang lebih besar dan dewasa.Boleh jadi dorongan ini timbul dengan tujuan diri diri si kecil merasa dilihat besar! Begitu juga dalam masyarakat, setiap orang adalah jasad yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Setiap orang memberi kesan sama ada positif ataupun negatif. Seandainya contoh buruk yang dipaparkan, maka masyarakat menjadi lemah. Manakala contoh baik pula membina masyarakat yang yang teguh. Dalam hal ini, Islam telah menggariskan peranan umat Islam sebagai penyeru kepada yang makruf (kebenaran) dan mencegah mungkar (keburukan). Lihat dengan teliti maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104,

" Hendaklah kamu ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,merekamitulah orang yang berjaya."



Lagi dalam surah Ali Imran ayat 110, " Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi manusia menyuruh yang makru dan mencegah dari mungkar."



Begitulah istimewanya peranan masyarakat Islam, sebagai agen perubahan umat manusia. Khasnya kalian selaku barisan pemuda pemudi Islam bertanggungjawab mencegah apa jua bentuk kerosakan. Betapa pun beratnya tugas ini, kalian usah dikaburi perasaan putus asa disebabkan banyak ranjau dan duri. Apa jua halangannya, dengan pertolongan Allah kalian akan dapat mengatasinya. Dalam kerja mulia ini kalian perlu mempunyai sifat ilkhlas dan takwa yang tinggi untuk membina masyarakat yang sejahtera.



Menyingkap kembali masyarakat jahiliah di zaman Rasulullah saw tergambar keadaan yang amat dahsyat. Penyembahan berhala, minum arak, berzina, berjudi, membunuh anak perempuan dan berperang hanya kerana perkara kecil. Walaupun begitu, masyarakat tersebut telah berubah menjadi masyarakat yang baik, berkasih-sayang serta mengutamakan hak sesama saudara muslim. Semua ini diasaskan dengan akidah tauhid dan pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya kita juga mengambil contoh dari generasi yang dibentuk oleh Rasulullah, pasti dengan pertolongan Allah kita akan berjaya. Masyarakat yang mulai hilang pedoman akan terselamat dati jurang kehancuran. Kalianlah wahai putera puteri Islam yang sepatutnya menjadi agen perubahan generasi kini.



Bangunlah wahai puter-puteri harapan! Sedarilah satu hakikat yang sedang berlaku dihadapan kalian, " Sesungguhnya umat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukannya dan menggoncang bangunannya. Pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak penyakit, hina, dan lemah serta menjadi buruan orang-orang yang tamak. Ia tidak berdaya untuk mempertahankan diri dari pencerobohan budaya. Ada 3 cara untuk mengatasinya, mengenal pasti punca penyakit, sabar menanggung sakit dan bersedia untuk diubati oleh yang pakar sehingga sembuh dari semua gejala serta beroleh kejayaan." (dipetik dari kata-kata pejuang yang telah pergi...) Justeru itu putera-puteri Islam, bangunlah! Bina cita-cita baru demi kebahagiaan hari esok.



Wassalam.

Ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian.



















HATI BERSIH


Salam ukhwah, salam mahabbah

Teristimewa buat hati yang dikasihi dengan kasih Ilahi...


Telah tersingkap lembaran tahun hijrah yang baru...1431 datang membawa perutusan kudus dari Ilahi. Dipanjangkan lagi tugas kita selaku hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi.


Apakah azam kita untuk hari-hari mendatang?

Ya...Pasti kita punya berbagai jawapan bagi persoalan sedemikian. Namun...,ada satu perkara yang mesti kita renungi...


Adakalanya kita merasai seolah-olah tiada dosa yang kita lakukan hari ini. Kita tidak mengganggu sesiapa atau tidak memarahi sesiapa pun. Tetapi...,pada hakikatnya kita punya hati. Yang ini memang tidak terlihat nyata. Ketahuilah hati kita tersangat peka kepada kotoran. Walau pun kita tidak bertindak mengotorinya, pasti ada saja noda yang menyelinap masuk. Lantas menutupi nuur yang mengilaukannya. Nuur di hati sering menjadi kabur kerana di tutupi nafsu dan kepentingan diri.


Mari kita renungi sebuah petikan dari seerah Rasulullah SAW...


Dalam satu perjalanan merentasi padang pasir yang luas, Rasulullah SAW meminta sahabat-sahabatnya berhenti sebentar. Baginda menyuruh mereka; "Kumpulkan ranting-ranting kayu."


Sahabat-sahabat baginda terpinga-pinga; "Kalau mencari ranting kayu di tengah padang pasir begini, tidak ada ya Rasulullah."


"Cari dan kumpulkan ranting-ranting kayu!", Rasulullah mengulangi suruhannya.


"Bagaimana akan mendapatkannya ya Rasulullah, sedangkan pokoknya juga tidak ada." Sahabat-sahabat Rasulullah kebingungan.


"Carilah dan kumpulkanlah ranting-ranting kayu." Rasulullah tetap juga menyuruh yang demikian. Kemudian sahabat-sahabat baginda mengais-ngais pasir di serata padang pasir tersebut. Alangkah memeranjatkan! Memang benar ada ranting-ranting yang tertanam di dalam pasir. Setelah dikumpulkan ternyata ada banyak. Sungguh di luar dugaan!


"Wahai sahabat, berkumpullah ke mari!" Rasulullah SAW lantas bersabda;

"Seperti inilah dosa-dosamu setiap hari. Terlihat seperti tiada, namun di hadapan Allah kelak nyata banyak terkumpul."


Seterusnya Rasulullah menjelaskan lagi, kerana itu kita mestilah membersihkan hati setiap hari. Antaranya beristighfar dan bertaubat memohon keampunan dari Allah. Rasulullah sendiri melakukan yang sedemikan. Malahan beristighfar melebihi yang mampu kita lakukan, meskipun bagibda telah dijamin bebas dari sebarang dosa.


Dengan membersihkan hati setiap hari, fikiran kita pun akan jernih. Akan ringan pula melakukan amal ibadah . Mudah untuk saling tolong menolong sesama manusia. Serta kita akan sepanjang masa berada di dalam keredhaan Allah.


Ayuh! Kita segerakan bertindak sekarang, agar Allah perkenankan hajat kita untuk;

1. menjadi peribadi yang dicintai Allah.

2. pribadi yang bangun malam untuk bertaubat dan bermunajat.

3. pribadi yang khusyuk dan mengadap Allah dengan sepenuh hati.

4. pribadi yang ikhlas bersedekah.

5. pribadi yang banyak berdoa dan berzikir.

6. pribadi yang bersegera mengerjakan kebaikan dan menyambungkan silaturahim.

KEMULIAAN DUNIA KEMULIAAN AKHIRAT


Kesejahteraan melimpah ruah untuk seluruh alam.


Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati...,

Allah sentiasa melihatmu, memerhatikanmu dan mengawasimu!


Dari itu sentiasalah berlaku benar dan mentaati Allah. Sesungguhnya kalian akan diganjari empat puluh kemuliaan. Dua puluh kemuliaan dunia dan dua puluh kemuliaan akhirat;

  1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah. Sungguh mulia seseorang yang mendapat kedua hal tersebut dari Allah.
  2. Diagungkan dan dimuliakan oleh Allah.
  3. Dicintai oleh Allah Ta'ala semasa hidup di dunia.
  4. Selama hidup di dunia, kerana taat dan tawakkal sehingga seolah-olah Allah menjadi wakilnya dalam segala urusan. Semua urusan Allah yang mengaturnya.
  5. Segala rezekinya ditanggung oleh Allah, dengan perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain tanpa kesulitan, serta tidak mendatangkan impak yang negatif.
  6. Mendapat pertolongan dari Allah terhindar dari niat yang buruk dan kedengkian.
  7. Tidak merasa khuatir, kerana Allah sentiasa mententeramkan hatinya.
  8. Darjat kemuliannya terangkat. Sebab kemuliannya tidak pernah dinodai dengan khianat dunia, makhluk dan ahli dunia.
  9. Himmahnya diangkat oleh Allah hingga puncak. Tidak tersentuh kotoran dunia dan ahlinya, tidak terguris oleh kebohongan dan segala yang dapat melalaikan akhirat.
  10. Kekayaan hati, dimana melebihi kekayaan material. Hatinya ikhlas, lapang dada, tidak terkejut dengan berbagai kejadian, dan tidak bersedih kerana ketiadaan.
  11. Hatinya bersih, sehingga memudahkan menerima segala ilmu dan rahsia serta hikmah.
  12. Bersabar dan ikhlas menerima segala cubaan dan musibah yang terjadi akibat kelakuan kejahatan dan musuh.
  13. Dihormati dan disegani orang lain.
  14. Dicintai dan dimuliakan oleh orang lain.
  15. Setiap tutur katanya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Sehingga orang lain mengharapkan kebaikan darinya.
  16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.
  17. Semua binatang tunduk kepadanya.
  18. Mengetahui rahsia-rahsia bumi.
  19. Menjadi pemimpin dan taat berkidmat kerana Allah dan mengharapkan barakah dari Allah.
  20. Allah mengabulkan doanya.
  21. Diringankan sakaratul mautnya.
  22. Tetap dalam makrifah dan iman.
  23. Allah melimpahkan kebahagiaan kepadanya juga keridhaan sehingga dia sentiasa merasa aman.
  24. Kekal di dalam syurga, dekat dengan Allah.
  25. Di alam ghaib, rohnya diangkat ke langit dengan penghormatan dan kemuliaan. Sedangkan mayatnya sebelum dikuburkan, dimuliakan dan berebut untuk disolatkan.
  26. Dapat menjawab pertanyaan kubur dengan lancar dan benar sehingga terbebas dari siksa kubur.
  27. Diluaskan dan diterangi kuburnya, berada dalam taman syurga hingga kiamat.
  28. Ruhnya mengadap Allah dengan tenang, jasadnya dikuburkan dengan senang. Disimpan bersama-sama ruh kaum yang soleh.
  29. Bangkit dari kubur dan dikumpulkan di padang mahsyar dengan mendapat lindungan dan penghormatan.
  30. Riak mukanya berseri-seri dan bersahaja.
  31. Aman dari petaka hari kiamat.
  32. Menerima catatan amal dari sebelah kanan.
  33. Diringankan hisabnya, malahan ada yang tidak dikenakan hisab sama sekali.
  34. Timbangan kebaikannya berat.
  35. Mengadap Rasulullah dan meminum air dari telaganya. Tidak akan merasa dahaga dalam masa agak panjang.
  36. Berjaya meniti Siratul Mustaqim dan selamat dari neraka jahanam.
  37. Mampu memberi syafaat kepada orang lain di padang mahsyar di akhirat kelak.
  38. Kekuasaannya kekal di dalam syurga.
  39. Mendapatkan keredhaan yang agung darpipada Allah SWT.
  40. Menghadap rabbul alamin dengan tenang... dan diredhaiNya.

Zikrullah, Mudah Tapi Jarang Dilakukan

Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati, awaslah!

"Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan zikir sebanyak-banyaknya"
(Surah al-Ahzab, ayat 41)


"Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya aku ingat kepadamu dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal (nikmatKu)
(Surah al-Baqarah; ayat 152)





Dua seruan dari Allah melalui ayat di atas, menyuruh manusia mengingatinNya setiap masa, pada sebarang keadaan dan tempat. Ia sebagai bukti rasa kecintaan kita pada pencipta. Jika kita menyayangi seseorang sudah pastilah hati dan fikiran sentiasa mengingatinya, kalau boleh ingin bertemu selalu untuk mengubati rindu di dada. Begitu jugalah hal yang sepatutnya berlaku dalam diri kepada Allah. Kita amat memerlukan bantuan dan pertolonganNya untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, mengurangkan kesulitan dan keresahan serta mendapatkan keterangan jiwa.





Sejauh manakah kita telah mengingati Allah? Alah memperuntukkan 24 jam kepada manusia untuk menguruskan segala urusan dunia dan akhiratnya. Cubalah dihitung sejenak, daripada 24 jam ini, berapa jam sehari kita mengingatinNya? Manusia diseru menunaikan sembahyang lima kali sehari dan waktu itu adalah masa yang diambil untuk mengingati Allah. Setiap kali sembahyang, paling cepat lima minit dan paling lama sepuluh minit. Sepuluh didarab lima bermakna lima puluh minit masa 24 jam yang kita ambil buat menunaikan ibadah solat.

Benarlah firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 42:"Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sekali" Sebenarnya setiap masa yang terluang boleh diisi dengan mengingati Allah. Ketika bekerja, tidak kira kerja apa dan di mana, bibir sepatutnya basah mengingati Allah. Alangkah mulianya jika ketika leka bekerja dan bibir yang disertai hati sepenuhnya mengingatiNya. Jika ditakdirkan mati ketika itu, bermakna kita pergi menghadap Ilahi dalam keadaan mengingati Allah. Alangkah ruginya jika malaikat mencabut nyawa pada saat kita asyik mengumpat orang lain atau leka menonton televisyen atau wayang gambar.




KEKAYAAN HATI MENGAWAL PERIBADI



Salam sejahtera diiringi rahmat, kabarkatan dan redha Ilahi.



Anak-anakku, pemuda-pemudi Islam sejati; Ibu mengasihi kalian dengan kasih sayang Islam supaya dengannya kita dikumpulkan bersama-sama di yaumil akhir nanti. Di sana nanti tiada lagi naungan selain dari naungan-Nya. Hamba-hamba Allah yang beriman dan saling berkasih-sayang kerana Allah serta saling ingat-memperingati kepada kebenaran dan kesabaran, layak dihimpunkan di bawah naungan dan lindungan-Nya.



Pemuda-Pemudi harapan! Mari sama-sama kita meneliti maksud sabda Rsulullah s.a.w; "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, akan rosak pula seluruh jasad. Iulah hati atau kalbu.(Riwayat Bukhari dan Muslim).



Bertolak dari penelitian ini perlu sentiasa diingat, telah Allah sediakan dua pontensi pada hati;"Maka Allah mengilhamkankepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya".(Surah Asy-Syam:8-10)



Anak-anakku, ketahuilah hati juga adalah sumber keberanian, semangat dan komitmen. Ia sumber tenaga yang menuntun kita melaksanakan berbagai bentuk tindakan samaada baik maupun buruk. Sekiranya hati itu diperkaya dengan iman dan takwa, maka beruntunglah tuan punya. Kekayaan iman dalam hati lebih lumayan dan mewah berbanding kekayaan fizikal yang dihitung sebagai kebendaan. Tidak dinafikan untuk memenuhi keperluan hidup harian, kita perlukan wang ringgit dan harta benda. Namun hanya dengan prasarana yang lengkap belum dapat memastikan kita mampu menjalani hidup ini dalam bahagia dan makmur. Hanya kemewahan fizikal, sedangkan hati jahil dan rakus sering menjerumuskan tuan punya kepada penyelewangan serta kehanuran.



Anak-anakku yang Allah bahagiakan dengan nikmat Islam; Mari sama-sama kita singkap sejarah keagungan Islam yag memaparkan kepada kita bukti tentang hati yang menjadi pusat kawalan kepada setiap tindakan jasad...
Pada suatu hari yang cerah, ketenangan Kota Madinah dihiruk-pikukkan oleh masuknya satu rombongan kafilah besar, Kesibukkan begitu rupa turut menarik perhatian ummul mukminin Saydatina Aisyah; "Rombongan kafilah inikah yang menyibuk semua orang berkumpul dan memerhati?".
Salah seorang sahabat menjelaskan; "Benar ya ummul mukminin, ada 700 kenderaan. Itu kepunyaan Abdurrahman bin Auf yang baru pulang dari Syam. Sudah tentu membawa barang dagangan yang banyak!".
Saydatina Aisyah:"Ingatlah aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; Aku melihat Abdurrahman bin Auf masuk syurga dengan perlahan-lahan!".



"Mengapa dia tidak memasuki syurga dengan berlari kencang bersama angkatan pertama para sahabat Rasulullah?".


Beberapa orang sahabat Rasulullah menyampaikan teguran Saydatina Aisyah pada Abdurrahman bin Auf. Abbdurahman sendiri mengakui bahawa dia pernah terdengar Rasulullah s.a.w. bersabda demikian. Malah dia ingat hadis-hadis tersebut telah diulang Nabi s.a.w beberapa kali dengan susunan kata-kata yang berbeza.


Sebelum mengemaskan barang-barang dagangan yang dibawanya, Abdurrahman terus menuju ke rumah Saydatina Aisyah r.a.


Abdurrahman bin Auf: "Wahai ummul mukminin, anda telah mengingatkan saya kepada hadis yang sentiasa saya ingati. Dengan ini saya berharap anda menjadi saksi, bahawa kafilah ini serta seluruh muatan dan kelengkapan juga kenderaanya, saya sumbangkan di jalan Allah s.w.t! Bahagikanlah semuanya kepada penduduk madinah".


Sungguh tulus hati Abdurrahman bin Auf. Meski pun dia merpakan ahli perniagaan paling berjaya di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah, namun dia tidak membiarkan keuntungan akhirat diatasi oleh dunia semata-mata. Sepanjang hayatnya dia telah menguruskan harta kekayaannya dengan sifat dermawan dan hati yang sentiasa mengharapan keredhaan Allah.


Anak-anak tercinta! Dalam membiayai kehidupan hari ini tidak dinafikan dengan wang dan kekayaan sangat diperlukan. Namun sebagai seorang muslim sewajarnya kita memastikan harta yang kita miliki memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Juga menepati ciri-ciri harta yang barakah;


  • Membuat pemiliknya merasa qanaah(puas dan cukup)
  • Pemiliknya merasakan harta itu sebagai pinjaman dari Allah, dia sekadar pengurus amanah.
  • Pribadi miliknya dihormati kerana bijak menggunakan harta di jalan kebajikan dengan banyak bersedekah di samping mengeluarkan zakat.

Begitulah anak-anakku yang gigih!

Iman dan takwa yang memenuhi hati merupakan kekayaan hakiki yang mampu mengawal kemewahan fizikal dan material menepati keredhaan Allah. Seiring dengan itu akan membawa manfaat kepada orang lain, seperti mana maksud sabda Rasulullah s.a.w; "Sebaik-baik manusia ialah dia yang membawa manfaat kepada orang lain".


































MURNIKAN HATI


Istimewa untuk seluruh pemuda-pemudi Islam di segenap sudut dan pelosok bumi tercinta.
Salam sejahtera dengan penuh kasih sayang dan kerindua kerana Allah. Sentiasa didoakan semoga kalian meletakkan puncak tertinggi kecintaan hanya kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Meletakkan sepenuh ketaatan serta kepatuhan kepada titah perintah Allah. Juga menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan ikutan sepanjang hayat.


Mari sama-sama kita renungi kisah berikut yang berlaku di zaman Nabi Isa a.s. Semoga dengannya kita sentiasa teliti dan berhati-hati dalam mengatur langkah di hari mendatang...

Suatu ketika sewaktu Nabi Isa menyampaikan pengajaran dan peringatan kepada pengikut-pengikutnya, datang tiga orang pemuda miskin ingin membantah ucapan baginda. Ketiga-tiga tersebut sepakat menyatakan; "Wahai putera Maryam, syurga di akhirat seperti yang kamu katakan itu tidak penting bagi kami. Kami ingin kekayaan di dunia ini. Hidup kami boleh tenteram dan bahagia tanpa agama.


Nabi Isa;"Harta tidak menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, wahai saudara-saudaraku..."

Ketiga-tiga pemuda;"Itu cuma kata-kata kosong. Hartalah yang akan membuat hidup kita menyenangkan dan membahagiakan hidup. Kami sudah lama hidup miskindan susah, jadi kami sangat berhajatkan harta."

Nabi Isa;"Jika itu yang saudara semua hajatkan, datanglah esok bertemu saya. Jangan bawa orang lain kerana ada rezeki untuk saudara bertiga saja."


Mereka percaya bahawa Nabi Isa tidak pernah berbohong. Keesokan dengan angan-angan besar untuk mendapat timbunan harta yang banyak, mereka segera menuju ke tempat yang Nabi Isa arahkan. Setelah bener-benar pasti kedudukan gua di bukit yang dimaksudkan, mereka masuk dengan berdebar-debar. Ternyata di sudut gua itu terdapat peti-peti berisi emas dan berlian yang banyak. Sebelum ini mereka telah berjanji, apa jua yang diperoleh akan dibahagikan sama rata. Lalu mereka merancang cara yang terbaik memindahkan peti-peri berisi harta tersebut. setelah bersusah-payah dapat juag mereka memindahkannya ke dalam hutan di tempat persembunyian mereka. Baru saja mereka mula mengira bahagian untuk setiap orang, salah seorang pemuda miskin itu merasa terlalu penat dan lapar.



Pemuda 1:"Begini keras kerja kita, telah banyak tenaga yang hilang. Aku rasa terlalu lapar. Elok kita berehat dahulu.

Pemuda 2:" Tapi bagaimana harta-harta ini? Kita tidak boleh meninggalkannya begitu saja. Kalau dibawa keluar sekarang, nanti ada yang cuba merebutnyadari kita."

Pemuda 3:"Aku fikir, lebih baik kamu berdua tinggal disini dahulu. Biar aku yang mencari makanan."


Setelah sampai ke tempat menjualnya, pemuda ke 3 mengambil keputusan untuk makan dahulu di situ. Dia meminta penjual membungkus dua lagi makanan untuk rakannya yang sedang menjaga harta itu. Tiba-tiba terlintas di hatinya untuk mengkhianat akibat dilimpahi rasa tamak yang meluap-luap. Timbul hasratnya untuk meletak racun di dalam makanan itu. Setelah berbuat begitu, dia pun berjalan pulang dengan perasaan yang seronok tidak terhingga apabila membayangkan dia dapat menguasai harta yang banyak itu keseorangan.


Kedua-dua pemuda yang tinggal dengan harta itu mempunyai sebuah rancangan jahat; Pemuda 1:"Harta yang banyak ini kita bahagi dua sahaja." Pemuda 2:"Bagaimana dengan kawan kita yang sedang mencari makanan..." Pemuda 1:"Kita bunuh saja dia! Mudahlah kita untuk membahagikan harta ini." Pemuda 2:"Bagus cadangan engkau itu. Sekarang kita senjata untuk menyerangnya apabila dia kembali ke sini."


Apabila pemuda 3 tiba di tempat persembunyian mereka, Pemudea 1 dan Pemuda 2 terus meluru dan menikamnya bertubi-tubi. Rebahlah dia ke tanah menemui ajal. Manakala kedua pemuda itu melahap makanan yang dibeli oleh pemuda 3 itu. Mereka juga menemui nasib malang, apabila racun di dalam makanan mereka telah masuk ke dalam perut mereka. Rasa tamak yang menghantui setiap pemuda itu telah pun membawa bencana kepada mereka bertiga.


Pemuda-Pemudi Islam sejati! Begitulah sudahnya apabila hidup tidak dipandu iman dan taqwa. Pengetahuan agama diabaikan, sedangkan desakan nafsu dan bisikan syaitan dituruti. Tidak ada manfaat dapat dikecapi, malahan malapetaka mengisi kehidupan. Nauzubillahimin zalik! Sedangkan sepatutnya sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.





























LIHAT DIRI SENDIRI


Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati,

Dengan mata yang Allah beri sewajarnya, pandangan kita jatuh memandang diri sendiri terlebih dahulu...


Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri ternampak seorang lelaki sedang duduk berdua-duaan bersama seorang wanita. Di sisi mereka terdapat botol arak. Lalu Hassan berbisik, "Alangkah jahatnya pemuda orang itu dan alangkah baiknya jika dia seperti aku!". Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu yang hampir tenggelam. Lelaki yang duduk tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.


Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan. Kemudian lelaki itu berpaling ke Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau lebih mulia dari aku, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat aku tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedangkan aku telah menyelamatkan enam orang."


Bagaimanapun, Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka, lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang berada disamping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."


Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkan saya dari tenggelam kebanggaan dan kesombongan." Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permihonan tuan." Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendah diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.


Kesimpulannya, pertama, jangan bernuruk sangka dengan orang lain serta memandang rendah padanya. Apabila kita melihat orang lain membuat maksiat kepada Allah, Jangan menghinanya atau redha dengan perbuatannya, sedangkan kita patut malu pada diri sendiri yang dikurniakan oleh Allah ilmu ini masih juga melakukan perbuatan yang dilarang.


Kedua, perkara yang patut kita ingat tentang diri kita ialah perbuatan baik orang pada kita dan perbuatan jahat kita pada orang lain. Perkara yang patut kita lupakan ialah kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita. Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang percaya kepada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan tidak menyombong diri. Mereka meniggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan dan kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (as-Sajadah: 15-16).


Wassalam,
Ummu Anas,
Ibu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian.









Ukhwah Sejati


Wahai setiap diri yg dikasihi,
Renungi....
Secebis tazkirah ini.
"Dan berpegang teguhlah semua dengan tali Allah(Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah (ketika jahiliyyah) kamu sentiasa bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah bersaudara". (Surah Ali Imran, ayat 103)
"Pada hari kiamat Allah akan berfirman; Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?. Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain dari pelindunganKu." (HR Muslim)
Imam Hassan AlBanna: "Yang saya maksudkan ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat dengan ikatan akidah".
*Ianya ikatan kasih sayang anugerahkan Allah berlandaskan iman dan tauhid. Ikatan kukuh, tidak terputus selagi berpegang pada Islam dan meyakini kekuasaan Allah.
*Darjat kasih sayang paling rendah dalam hati setiap mukmin ialah 'salamatus sadri' tiada sangkaan buruk dalam hati terhadap saudara seislam.
Merangsang Ukhuwah
  1. Saling ta'aruf (mengenali)_ perbanyakkan program dan aktiviti informal untuk sering bertemu dan beramah mesra.
  2. Nasihat menasihati_ memperingatkan secara hikmah untuk melakukan kebaikan serta menjauhi kejahatan.

Memelihara Ukhuwah

  1. Jangan terima aduan melulu berkaitan sikap saudara seislam_ selidiki dan pastikan kebenaran.
  2. Jangan memperolokkan-olokkan dan saling mencela dengan gelaran buruk.
  3. Jangan berprasangka dan mengumpat.
  4. Jangan mencari-cari kesalahan dan mendedahkan aib saudara seislam.

Hak-hak ukhuwah

  1. Mencintai saudara sislam kerana Allah.
  2. Mengucapkan salam apabila bertemu.
  3. Sentiasa menziarahi ketika sakit.
  4. Sentiasa saling mendoakan.
  5. Menolongi ketika kesempitan.
  6. Memenuhi jemputan.
  7. Memberi ucapan tahniah dan takziah.
  8. Saling memberi hadiah.
  9. Tidak memutuskan sillaturrahim dan memualaukan.
  10. Bertolak ansur dan saling bermaafan.
  11. Sentiasa bermanis muka semasa bertemu.
  12. Senyiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seislam.

Dari Abu Hurairah; "Seseorang menziarahi temannya di tempat lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk mengawasinya dalam perjalanan. Ketika sampai di tempat yang dituju, malaikat bertanya: Hendak bertemu siapa?. Jawabnya: Saya ingin bertemu sahabat saya. Malaikat bertanya lagi: apakah untuk mendapat sesuatu darinya?. Jawabnya: Tidak, saya hanya menyintai kerana Allah. Malaikat memberitahu:Kerana itulah Allah mencintaimu sepertimana kamu mencintai saudaramu".

Hadis Qudsi; Jika dua orang _ satu di timur satu di barat, saling mencintai kerana Allah _ pasti Allah mempertemukan keduanya pada hari kiamat dgn firmanNya; "Inilah orang yang dahulu kala saling kamu mencintai saudaramu".

Wallahualam.

Ummu Anas.


SEBARKAN KEBENARAN DENGAN CONTOH UNGGUL


Putera-puteri Islam sejati! Semoga sentiasa dalam limpah rahmat, keberkatan serta redha Ilahi. Didoakan agar kalian tetap dan terus saling ingat-mengingati untuk menetapi kebenaran. Juga saling memperingatkan kepada kesabaran. Dengan demikian kalian akan tergolong sebagai manusia yang bahagia dan beruntung.
Putera-puteri harapan watan! Kalian kini sudah menjejaki alam kedewasaan. Kalian yang diharapkan membawa kebaikan kepada manusia lain. Khasnya untuk golongan muda seangkatan yang sedang gigih menimba ilmu. Di mana pun sudut dunia ini, pemuda-pemudi sedemikian menjadi harapan setiap bangsa. Mereka juga dikenali sebagai golongan kelas menengah yang terdidik, mampu mempengaruhi masyarakat awam di semua peringkat. Justeru itu, golongan muda diberikan tumpuan untuk dibentuk menjadi pewaris keunggulan sesuatu bangsa.
Sedarilah! Wahai putera-puteri yang dididik dengan iman dan Islam; Pada hakikatnya untuk manusia seluruhnya, mesti ada aqidah (pegangan dan keyakinan) yang disifatkan sebagai roh umat itu. Dengannya, umat itu dikira hidup dan berfungsi. Selaku umat Islam kita wajib meyakini Islam sebagai ad-deen (cara hidup) merupakan roh yang Allah tetapkan untuk manusia seluruhnya.Islamyang memberi hayat umat ini dan menyelamatkan dari kematian dan kesesatan jahiliah. Islam yang mempersatukan umat yang bercerai-berai. Islam yang mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya dan Islam juga yang menjadikan kita sebaik-baik umat untuk manusia seluruhnya; "Adalah kamu sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan." (Ali Imran; 110)
Putera-puteri ku yang dikasihidengan kasih sayang Islam! Mulailah mengorak langkah sekarang! Jadilah angkatan muda yang sentiasa punya semangat tinggi dan keperbadian kreatif. Tidak larut dalam lumpur maksiat dan hanyut dalam arus perdaya syaitan. Jadilah barisan anak muda yang membimbing tangan rakan-rakan muda seluruhnya kepada keredhaan Ilahi. Peranan sedemikian merupakan penerusan dari tugas para rasul yang telah diutus untuk menyeru dan mengajak manusia menerima Islam sebagai cara hidup. Dengan itu, contoh keperibadian yang diikuti juga semestinya yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Ini bermaksud, tindakan menyeru manusia ke jalan kebenaran mesti berakhlak dengan akhlak Islam seperti berikut;
Pertama:Bersifat benar dalam cita-cita, perkataan maupun perbuatan. Dalam cita-cita: melaksanakan hasrat yang menepati syarak dan mengharapkan keredhaan Allah. Dalam perkataan: Lidahnya menuturkan kebenaran dan menjauhi dari kebatilan. Dalam perbuatan: berbuat sesuatu sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah.
Kedua; Sentiasa sabar menahan dan mencegah diri dari sirat terburu-buru. Meliputi sabar dalam ketaatan, sabar menjauhi maksiat dan sabar menghadapi kesukaran. Dalam ketaatan: sentiasa taat dan ikhlas mengerjakan yang ditetapkan syarak. Menahan kemaksiatan: meninggalkan maksiat dan kejahatan kerana cinta yang mendalam kepada Allah serta takut akan kemungkaran-Nya. Dalam menghadapi kesukaran: menjauhi rasa benci dan keluh-kesah dalam menghadapi berbagai ujian. Hanya bergantung kepada pertolongan Allah.
Ketiga; Kasih-sayang iaitu memiliki yang lembut serta dipenuhi rasa kasih-sayang terhadap manusia. Memberi nasihat dengan baik serta mengharapkan orang lain berada dalam kebenaran dan keimanan.
Keempat; Tawaduk' yakni merendah diri yang menjadi lawan sifat takbur. Memandang semua manusia mempunyai hak yang sama untuk dibimbing. Tidak sama-sekali merasa diri mulia dan memandang rendah terhadap orang lain. Mereka hidup di dunia dengan kalbu akhirat. Meletakkan dunia tangan, tidak di hati. Cita-cita utamanya kejayaan di akhirat dan keredhaan Allah.
Kelima; Terasing, tetapi bergaul dengan orang lain, beradadalam kelompok umat hari ini, tetapi memiliki jiwa dan semangat generasi terdahulu yang gemilang. Menjadi model yang mudah dicontohi masyarakat dan sentiasa tampil meleraikan umat.
Wahai putera-puteri harapan! Kini telah jelas ciri-ciri yang sepatutnya kalian sediakan untuk memampukan diri menyeru generasi muda hari ini ke jalan kebenaran hakiki. Hanya ciri-ciri tersebut yang mampu melahirkan contoh peribadi yang unggul. Di tangan generasi harapan inilah akan tersebar semula perikemanusiaan yang telah ar-Rasul SAW kembangkan di zaman kegemilangan Islam dahulu. Diharapkan terbit semula sifat belas-kasihseperti mana yang Rasulullah perlihatkan, di mana seorang musuh menjadi seorang yang soleh.
Seorang yang sangat kuat memusuhi Islam dan membenci Nabi Muhammad telah berniat untuk membunuh baginda sewaktu sedang tawaf. Orang yang dimaksudkan ialah Fadhalah bin Umair. Ketika dia menghampiri Nabi Muhammad, baginda bertanya; "Wahai Fadhalah, apakah yang tersembunyi di hatimu?" Fadhalah menjawab; "Tidak ada apa-apa yang tersembunyi di hatiku, hanya zikir kepada Allah" Nabi Muhammad tersenyum mendengar kata-kata Fadhalah. Baginda membaca astaghfirullah lalu meletakkan ke dada Fadhalah. Berkat kemuliaan bafginda, Fadhalah terasa tenang serta hilang rasa benci terhadap Rasulullah. Fadhalah sendiri mengaku; "Demi Allah! Tidaklah baginda mengangkat tangannya dari dada ku, kecuali Allah telah menjadikan di hatiku perasaan cinta yang mendalam kepada baginda."
Lihatlah putera-puteri Islam sejati! Bagaimana niat jahat yang dihadapi Rasulullah dapat di tundukkan dengan kelembutan dan kebaikan serta keyakinan kepada kekuasaan Allah. Sewajarnyalah kalian juga meyakini pertolongan Allah sentiasa hampir kepada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh menyebarkankebaikan demi meraih keuntungan di dunia dan kejayaan di akhirat. Justeru itu, lintasilah penyakit'wahan'-takut mati dan cinta dunia. Melangkahlah dengan yakin ke tahap kekuatan dan pembangunan! Sebar luaskan sebaik mungkin tingkah laku penuh hikmah dalam bergaul dengan manusia.
Berpegang teguhlah dengan pedoman Al-Quran; "Serulah manusia ke jalan Rab-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik. Sesungguhnya Rab-mu, Dia-lah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(An-Nahl:125).
Wassalam
Ummu Anas
Ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

LANGKAH DEMI LANGKAH MENUNTUT ILMU


Berikut merupakan secebis tauladan daripada hidup Imam Ahmad As-Syafie yang sangat mencintai ilmu. Semoga kisah kegigihan serta ketabahan imam besar ini mampu menyemarakkan semangat para remaja muslim yang juga sedang mengorak langkah menimba ilmu.
Semenjak kecil lagi aku mempunyai minat mendalam menuntut ilmu. Bahkan banyak pengetahuan telah ku perolehi sewaktu kecilku. Aku belajar Al-Quran dan Hadis Rasulullah dengan cara menghafal. Cintaku kepada ilmu begitu berkobar bagai dian yang sentiasa menyala tanpa hentinya. Bilamana saja aku terdengar ulama atau cerdik pandai, aku merasa tidak sabar untuk menemuinya dan menimba ilmu daripadanya.
Suatu hari terlintas dihatiku ntuk mencari ilmu di negara orang. Lama benar aku memikirkan
aku memikirkan perkara itu seorangan. Akhirnya aku pun memberanikan diri untuk meminta izin daripada ibuku. Aku mengjangkakan tidak sebegitu mudah untuk ibuku akan memperkenankan keinginanku. Maklum saja ibuku sangat menyayangi aku serta usiaku masih muda, sekitar umurku 14 tahun.

Memang benar sangkaanku. Ibu kelihatan berat untuk mempernyatakan persetujuannya. Memandangkan ibu sudah tua, dia khuatir jika ditinggalkan sendirian. Air mata ibu terus saja mengalir membahasi pipinya. "Maafkan saya ibu, saya sedikit pun tidak berniat untuk membuat ibu sedih. Saya akan membatalkan niat saya itu dan saya akan tinggal menguruskan keperluan ibu. Memadailah saya menuntut ilmu di tanah suci Makkah ini sahaja", demikian aku menjelaskan. Namun rupa-rupanya ibuku tidak menghalang keinginanku. "Tidak anakku, janganlah engkau salah faham melihat air mata ibu yang berlinangan ini, ibu tidak berniat hendak menghalang keinginanmu hendak menuntut ilmu. Semenjak engkau lahir, ibu telah bercita-cita agar engkau menjadi seorang yang mencintai ilmu. Ibu sentiasa berdoa agar engkau kelak menjadi seorang mukmin yang bertaqwa lagi alim dengan ajaran Islam. Dengan demikian kamu akan menjadi sumber ilmu serta mamimpin manusia ke jalan kebenaran", begitulah tingginya harapan ibuku.

Sambil mengesat air mata yang berlinang di kedua-dua belah pipinya, ibu terus menyambung "Anakku, apa yang ibu khuatir ialah ibu tidak mampu untuk mengadakan bekal makanan serta wang untuk perjalananmu menuntut ilmu. Engkautentu maklum dengan kehidupan kita yanh serba kekurangan ini. Inilah yang membuatkan ibu sedih". Aku cuba menenangkan ibu, "Sabarlah ibu, insyaAllah Tuhan akan menolong kita, Ibu usah susah hati, saya sedia bersabar menanggung sedikit kesusahan". Setelah agak tenang, ibu menyambung kembali, "Benar anakku, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau akan pergi berjuang dijalanNya, hanya Dia jualah yang akan mencukupkan keperluanmu nanti, Allah sentiasa menolong hamba-hamba yang soleh dengan seribu macam cara yang tidak disedari oleh hambanya".

Begitulah ibu pula menyejukkan hatiku. Ibuku sememangnya seorang yang kuat azam dan kuat jiwanya. Dalam soal menuntut ilmu serta apa jua usaha demi kepentingan Islam, sentiasa diutamakannya. Dalam keadaan tenggelam dengan perasaan terharu, ibu meletakkan satu bungkusan di hadapanku. Aku merasa hairan serta ingin benar mengetahui apakah isi bungkusan itu. Sambil mengesat air matanya ibu berkata, "Anakku, usahlah bimbangkan ibu di rumah. InsyaAllah Tuhan akan memelihara hambaNya yang lemah. Tiada apa yang ibu mampu bekalkan melainkan du helai jubah di dalam bungkusan ini. Ibu akan sentiasa berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar engkau sentiasa dalam perlindunganNya". Setelah itu ibu terus berdoa,"Ya Allah Tuhan sekalian alam! Anakku iniakan meninggalkan aku untuk berjalan menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut ilmu pesuruhMu. Oleh itu aku memohon kepadaMu ya Allah agar Engkau permudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya serta panjangkan umurnya agar aku dapat melihatnya pulang dengan dada yang penuh berisi ilmu yang bermanfaat. Amin!"

Selesai sahaja berdoa, ibu terus memelukku dengan penuh kasih sayang sambil mencium dahiku. Kemudian ibuku melepaskanku sambil berkata, "Pergilah anakku, Allah bersamamu InsyaAllah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan di kemudian hari kelak. Pergilah sekarang, ingatlah Allah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan". Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya alun ombak perasaanku ketika hendak meninggalkan ibuku. Ibu yang sangat ku kusayangi. Manusia yang paling kucintai dalam dunia ini. Dialah pelitaku yang tak pernah padam. Bagaimanakah dapatku membalas segala pengorbananya. Hanya kepada Allah aku memohon kesejahteraan dan kebahagian untuknya. Aku cuba teguhkan hati dan perasaanku agar kesedihanku tidak menyebabkan linangan air mata membasahi pipiku. Aku segera mencium tangan ibuku untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

Sambil melambai tangan aku pun meninggalkan perkarangan rumah yang tercinta. Sesekali aku menoleh kebelakang untuk membalas lambaian ibu, ibu masih tercegat diluar rumah sambil memperhatikanku. Lama-kelamaan wajah ibu bertukar menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan Makkah tanpa membawa sedikit wang. Apa yang menjadi bekalan utamaku hanyalah iman yang teguh serta hati yang penuh tawakkal kepada Allah s.w.t, berserta restu ibu. Aku telah menyerahkan diriku kepada Allah Rabbul Alamin...





PENGORBANAN SEJATI



Anak-anakku yang sentiasa diberkarti Allah!
Pertamanya arilah kita mengucapkan rasa kesyukukuran kepada Allah Yanag Maha Esa.
KepadaNyalah bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak seorang pun yang setara dengannya. Segala apa jua
nikmat kita peroleh dari Allah. Maka bagi Allah segala pujian dan syukur. Berlindunglah kepada Allah daripada menyengutukannya dengan sesuatu yang kalian tahu maupun dari satu yang tidak diketahui. Sentiasalah menyedari hakikat diri kalian sebagai hamba Allah. Bertasbihlah di waktu pagi dan petang dan cukuplah Allah sebagai penolong serta pelindung kalian. Hanya kepadaNya kalian patut bertawakal dan Dia adalah tuhan yang memiliki 'arasy yang agung.



Anak-anakku yang sedang memburu kajayaan!



Keyakinan kepada Allah begini akan membina kekuatan luar biasa yang memampukan kalian menjadi sebaik-baik manusia yang membawa kebaikan kepada manusia lainserta mampu pula menepati sabda Rasulullah SAW,"Sebaik-baik manusia adalah mereka yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, mereka melakukannya dengan cara yang baik". Hakikat ini jugalah yang akan meletakkan kalian mampu merebut keredhaan Allah serta mampu pula melakukan apa jua bentukpengorbanan yang membawa manfaat kepada manusia seluruhnya. Untuk melihat apa yang ingin ummi jelaskan kepada kalian, singkaplah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s sekeluarga.



Di awal-awal kebahagiaan serta keindahan hidup berkeluarga Nabi Ibrahim a.s serta isterinya, Siti Hajar sudahpun Allah uji. Ujian di sisi Allah itu bukanlah satu bencana, tetapi adalah satu bentuk pengorbanan yang besar yang membawa rahmat kepada seluruh alam.



Waktu itu, keadaan sangat menyedihkan, cukup susah dan perit. Seorang suami juga ayah yang penyayang terpaksa meninggalkan anaknya yang masih menyusu di negeri yang tandus tanahnya. Cuma, yang ada bersama-sama Hajar hanya sebuah karung kecil berisi sedikit tamar dan air. Ikutilah betapa pilu kata-kata yang diungkapkan.
Siti Hajar :"Apakah Allah memerintahkan perkara ini wahai Ibrahim?"
Ibrahim :"Ya,benar."
Siti Hajar :"Sekiranya ini perintah Allah, maka tentulah Dia tidak akan mensia-siakan kita."
Kalau bukan kerena iman serta tawakkal yang mendalam, tidaklah mampu Nabi Ibrahim a.s memenuhi perintah Allah. Nabi Ibrahim a.s meneruskan semula perjalanannya sehingga apabila beliau tiba di Tsaniyah, suatu tempat di Makkah yang terlindung dari pandangan Siti Hajar, baginda menadah tangan dan berdoa, "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku menempatkan daripada keturunanku di lembah yang tiada tanam-tanaman, berhampiran dengan rumahmu yang disucikan. Tuhanku! Jagalah mereka supaya mereka mengerjakan sembahyang, sebab itu jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan kurniakanlah mereka rezeki daripada buah-buahan, moga-moga mereka berterima kasih." (Ibrahim:37)
Anak-anakku yang bertaqwa!
Kesedaran iman seperti yang berlangsung dalam keluarga Nabi Ibrahim a.s itu telah menghasilkan pengorbanan yang ajaib dalam kehidupan muslim hingga akhir zaman. Setiap jamaah haji dan umrah yang datang ke Baitullah sepanjang masa sentiasa marasai kesan pengorbanan itu yang menginsafkan.
Kisah ini juga membuktikan iman yang mendalam pemiliknya mentaati perintah Allah dalam keadaan tersembunyi maupun terang-terangan. Begitulah juyang ummi harapkan daripada kalian. Semoga menjadi insan bertaqwa yang mampu berkorban untuk kemakmuran umat.
Anak-anakku marilah kita sudahi dengan do'a, "Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau yang mencipta kami dan kami abdiMu. Kami berlindung kepadamu daripada kejahatan apa-apa yang telah kami lakukan. Kami mengakui segala nikmatMu dan kami mengakui dosa-dosa kami. Ampunilah kami kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau."
Wassalam,
Ummi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian


KENAPA AMALAN ROSAK?


Salam sejahtera diiringi limpah rahmat Ilahi,
Ketahuilah setiap diri di jagatraya ini sentiasa dilimpahi kasih dari Yang Maha Mengasihi.
Betapa pun begitu, diri insan tidak terlepas dari kecuaian dan kelekaan...
Dari itu bermuhasabahlah selalu;



Seorang Salafusoleh pernah berkata, "Adakalanya seorang yang melakukan kesalahan akhirnya masuk syurga dan adakalanya seorang hamba yang melakukan ketaatan akan dicampakkan ke neraka". Salah seorang yang mendengar ungkapan itu bertanya, "Bagaimana itu boleh terjadi?" Lalu beliau menjawab, "Dia melakukan dosa dan dosa itu selalu tampak dimatanya. Ketika berdiri, duduk dan berjalandia selalu teringat kepada dosa-dosanya yang menyebabkan hatinya hancur lalu segera bertaubat, menyesal dan memohon keampunan Allah sehingga keadaan itu menyelamatkannya.


Sementara Orang yang melakukan kebaikan, selalu melihat kebaikan itu di depan matanya. Apabila ia berdiri, duduk dan berjalan semua kebaikan yang telah dilakukannya selalu diingati sehingga dia menjadi takabbur, ujub dan merasa telah mendapatkan rahmat dari Allah SWT. Padahal, situasi itu menjadi sebab kebinasaanya".


Menurut Ibnul Qayyim bahawa perkataan Salafusoleh itu bermaksud, "Apabila Allah mengkehendaki suatu kebaikan kepada seseorang hamba, maka Allah juga berhak memberinya dosa yang menyebabkan hatinya hancur, tidak ujub dan tidak takabbur. Akhirnya, dosa yang telah dilakukannya itu lebih bermanfaat berbanding ketaatan yang dilakukannya. Namun, hanya taubat yang sungguh-sungguh dan penuh penyesalan sahaja akan menyelamatkan seorang hamba yang berdosa itu dari seksa api neraka, umpava ubat yang diminum untuk mengeluarkan penyakit dari dalam tubuh orang yang sakit."


Oleh itu sepakat para ulamak menyatakan bahawa taubat adalah sepanjang masa atas semua muslimin. Walaupun ia boleh menunaikan tanggungjawab di sisi Allah ia tetap bertaubat kerana mungkin ada lintasan hati yang merosakkan amalnya.


Disamping itu ingatlah selalu,
Berkata Luqman al-Hakim;


Hai anakku, jangan kau memerangi yang berdagang, jangan duduk bersama orang yang bodoh, dan jangan bergaul dengan orang yang dua muka.


Hai anakku, layanilah orang kecil yang sesuai dengan kecilnya, layanilah orangbesar yang benar kedudukannya, orang jahil sesuai berdasarkan kekurangan ilmunya,dan orang alim yang sesuai dengan kebaikannya.


Hai anakku, jika benar ikhlas semasa berkata benar dan lemahlembut dan air muka yang jernih, tentulah manusia mengasihimu,mereka akan membalasi engkau dengan (kebaikan) senilai emas dan perak.


Janganlah engkau bercakap dengan manusia sambil berpaling muka, nanti orang akan membencimu, dan Allah lebinlagi akan murka kepadamu.


Bersedekahlah kau daripada apa yang dikurniakan Allah kepadamu, kelak Dia akan menambahi kau dengan kurniaan-Nya dan akan padamlah kemurkaan -Nya kepada kau.










BERIMAN KEPADA ALLAH & RASUL


Wahai diri yang dikasihi,
Kita sentiasa dilimpahi cinta ilahi.
Justeru itu selami amanah suci.
Hakikat iman kepada Allah SWT adalah satu hakikat besar yang mencakupiseluruh bidang kehidupan manusia. Apabila iman itu bersemi dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah SWT atau redha-nya. Dia taat kerana Allah SWT. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah SWT sama ada kecil dan besar.
Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah SWT. Bahkan iman itu mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad SAW yang didatangkan dari Allah Taala.
Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keinginan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindak balas pancaindera dan semua perbuatan sama ada sewaktu bersendirian mahu pun di hadapan orang ramai mengikut kehendak Allah SWT.
Sesungguhnya, iman kepada Allah SWT dan Rasul-nya itu merupakan keyakinan dan penyaksian dalam hati dengan segala kesungguhan yang membuatkan hatimenjadi juru bicara Deen Islam. Juru bicara yang hidup.
Iman itu akan hidup dalam perasaan dan menjadi roh kepada tingkah laku. Alangkah indahnya indahnya iman ini. Alangkah baik dan sucinya. Iman yang betul akan melahirkan contoh-contoh taat kepada Ilahi pada diri seseorang. Semua contoh itu akan memberi kesan pula kepada hati kawan-kawannya. Contoh itu adalah penyaksian amalan Islam yang akan membekas ke dalam jiwa manusia lain. Justeru itu, seseorang itu akan menjadi juru dakwah islam kepada manusia, setelah ia memberikan keutamaan dan kelebihan.
Bagaimana Memahami Allah Ada?
Tumbuhan, binatang, lautan, gunug-gunung, dan manusia di selitar kita, dan semua jasad renik yang tidak kasat mata - hidup ataupun mati, merupakan bukti nyata adanya Kebijakan Agung yang menciptakannya dengan sempurna. Pemilik kebijakan dan pengetahuan agung ini adalah Allah.
Sistem-sistem sempurna yang diciptakan-nyaserta sifat-sirat yang mengagumkan pada setiap makhluk, hidup mahupun mati, menimbulkan kesedaran dan keberadaan Allah. Kesempurnaan ini tertulis dalam Al-Quran:
"Dia menciptakan tujuh langit yang berlapis-lapis. Tak akan ditemui sedikit cacat pun dari ciptaannya. Perhatikan berkali-kali apakah engkau melihat kekurangan padanya? Lalu, perhatikanlah sekali lagi. Matamu akan silau dan lelah! (Surat Al-Mulk: 3-4)

PANGGILAN ILAHI


Wahai setiap diri,
Sedarilah...
LIMA KALI KUBUR MEMANGGIL KITA SETIAP HARI
Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali.
Pada setiap seruan itu, kubur akan berkata:
1. "Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang hati dengan selalu membaca al-Qur'an.

2. "Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu bersolat malam".

3. "Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka amal soleh yang menjadikannya bagai
hamparan".

4. "Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar".

5. "Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyakkan bacaan Laa ilaha illallah
Muhammad Rasulullah, supaya kamu mudah menjawab pertanyaan mereka".



Kenapa Kita Takut Mati?

Diriwayatkan, pada suatu hari Khalifah Sulaiman bin Malik (Bani Abassiyah) telah pergi berjumpa dengan Abu Hazim untuk mendapatkan nasihat. Walaupun ada ulama' yang digajinya, tetapi dia tetap berusaha mendapatkan pendapat dan nasihat daripada ulam-ulama bebas. Ikuti perbualan ringkas beliau:


Khalifah : Mengapa kita sangat takut-takutkan mati?

Abu Hazim : Kamu membangunkan dunia kamu,tapi pada masa yang sama, kamu merobohkan
akhirat kamu.

Khalifah : Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?

Abu Hazim : Bergantung pada orangnya. Bagi yang kenal Allah dengan ikhlas, mereka itu seperti
seorang anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarganya
setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti seorang
hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat ditangkap semula.

KECANTIKAN ITU SATU UJIAN


Wahai setiap diri yang memerhati dan diperhati,
Sentiasalah berhati-hati ...
Sebagai insan, diri wanita Islam tidak dapat lari daripada kealpaan yang mendorongnya
tergelincir ke lembah keingkaran. Namun, iman yang mendalam akan memancarkan sinar
kesedaran yang mendorongnya memohon keampunan. Bertaubat serta kembali kepada
ketaatan kepada Allah SWT. Wanita Islam yang bertaqwa sepatutnya sentiasa sedar dan
terbuka untuk menerima petunjuk serta peringatan. Sikap sedemikian akan memastikannya
berada dalam rahmat dan keberkatan.
Begitulah juga yang telah dialami oleh Atiqah binti Zaid bin Amru bin Nufail al-Quraisyiah. Dia
padalah adik kepada Said bin Zaid iaitu suami Fatimah binti al-Khattab. Fatimah binti al-
Khattab
pula ialah adik Ummar bin al-Khattab. Seperti juga abangnya Said, Atiqah termasuk di kalangan
yang awal memeluk Islam. Dia beruntung kerana terdidik dalam suasaan Islam pada usia yang
masih remaja. Maruahnya terpelihara berbanding dengan remaja jahiliyah seusia dengannya.Di
samping ketaqwaan yang tinggi, Atiqah memiliki berbagai keistimewaan yang jarang-jarang
dimiliki oleh gadis lain se zamannya. Dia dikurniakan Allah kecantikan yang menawan. Disertai
kepetahan menyusun bait-bait syair. Keistimewaan ini telah membuatkan ramai pemuda
tergila-gilakan Atiqah. Paduan antara kejelitaan, kebijaksanaan dan ketaqwaan telah mendorong
beberapa pemuda ayng bertaqwa melamar Atiqah, termasuklah Abdullah bin Abu Bakar.
Setiap yang berlaku di alam semesta ini adalah dengan qada' dan qadar Allah SWT. Atiqah juga
tidak mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. Dalam usia
yang masih muda Atiqah telah menerima lamaran Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq. Dia
merasa inilah sebaik-baik keputusan dengan harapan Abdullah bin Abu Bakar akan menjadi
penunjuk ajar serta pembimbing sepanjang hayatnya. Dia sungguh-sungguh berazam ingin
menjadi isteri yang sentiasa menghibur dan menyenangkan hati suaminya.
Sedangkan di pihak Abdullah pula, terlalu terpikat dan terpegun atas kejelitaan Atiqah sehingga
melalaikan ibadahnya. Untuk berenggang sebentar dari Atiqah tidak sanggup dilakukannya.
Perlahan-lahan imannya kian kendur, hingga dia mula meninggalkan sembahyang berjaamah di
masjid, tidak seperti sebelum berkahwin.
Suatu hari, dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar melintasi rumah Abdullah. Terdengar
Abdullah sedang berbual mesra dan bergurau senda dengan Atiqah. Beliau berlalu ke masjid.
Setelah selesai solat Saydina Abu Bakar melintasi rumah Abdullah sekali lagi. Kedengaran
Abdullah masih bergurau senda dengan Atiqah. Sedangkan waktu sembahyang telah lama
berlalu. Abu Bakar lantas memanggil Abdullah;
"Wahai Abdullah, apakah kamu telah sembahyang?
Barulah Abdullah menyedari kesalahannya, melalaikan sembahyang hingga liput waktu.
Abu Bakar telah berkata lagi;
"Atiqah telah melalaikan kamu daripada kewajipan, malah dia melalaikan kamu dari bersolat.
Ceraikan dia!"
Begitu tegas sikap dan pribadi Saydina Abu Bakar as-Siddiq dalam soal ibadah. baru terhalang
dari menunaikan solat berjamaah di masjid, sudah disuruh menceraikan isteri. Saydina Abu
Bakar sememang teliti dalam mematuhi perintah Allah. Kerana itu beliau merasa wajar dia
bertindak tegas terhadap anaknya. Beliau tidak mahu anaknya dipersoalkan di akhirat dan
disiksa kerana isterinya. Lebih baik anaknya menerima hukuman di dunia daripada menerima
hukuman di akhirat kelak.
Abdullah bin Abu Bakar sememangnya anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Meski
pun hatinya merasa keberatan untuk menceraikan Atiqah, tetapi disebabkan ketaatannya,
Abdullah tetap menceraikan Atiqah. Ini bertujuan untuk menyedarkannya terhadap dosa yang
dilakukan. Ujian ini memang sangat berat bagi Atiqah dan Abdullah melaluinya. Mereka baru
saja berkahwin dan dalam keadaan saling menyayangi.
Sehinggalah ke waktu hampir berakhir iddah penceraian mereka, kedua-duanya saling
menginsafi dosa masing. Kedenagran kepada Saydina Abu Bakar akan rintihan-rintihan anaknya
Abdullah. Sememangnya dia tahu penanggungan hati anaknya Abdullah. Tapi hukuman itu
diperintahkan bagi menyedarkan kedua-duanya. Setelah keduanya bertaubat dan benar-benar
insaf, mereka dibenarkan rujuk semula.
Setelah peristiwa itu kembalilah mereka berdua menjadi suami-isteri. Mereka sama-sama gigih
bertaubat dan beribadat. Kedua-duanya saling ingat-mengingatkan terhadap tanggungjawab
mereka. Begitulah hanya iman yang mendalam yang dapat memampukan wanita Islam
berhadapan dengan apa jua bentuk ujian dan musibah. Di samping itu wanita Islam mesti
menyedari peranannya membantu kaum lelaki mentaati Allah SWT dalam semua keadaan. Juga
sedaya upaya berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjadi alat yang menjerumuskan
orang lain kepada kemungkaran.

BAHAGIA YANG BERKEKALAN



Wahai setiap diri yang sentiasa diperhati,

Lazimnya kita suka mendengar cerita. Tanpa kita sedari setiap cerita yang kita dengar akan mempengaruhi kehidupan kita. Dari itu lebih baik kita peruntukkan masa untuk merenungi kisah-kisah yang bermanfaat, agar kita juga berfungsi membawa manfaat.

Renungi kisah ini...

Dari Abbas r.a menceritakan:
"Telah datang seorang seorang pemuda menemui Rasulullah SAW dan bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah seseorang akan terhalang untuk masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?'

Lalu Rasulullah menjawab; 'Tidak, demi Allah yang jiwaku di tanganNya dan selama kamu yakin dengan Tuhanmu dan ajaran rasulNya."

Pemuda itu namanya Saad Assulami dan masih baru memeluk Islam. Dia datang kepada Rasulullah dengan tujuan mengadu nasibnya yang agak malang.

Saad Assulami: "Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakanmu dengan kenabian, saya baru saja memeluk Islam lapan bulan yang lalu. Saya datang ke sini bertujuan meminang wanita untuk dijadikan isteri. Malangnya semua pinangan saya ditolak, kerana alasan saya hitam dan hodoh. Sebenarnya saya adalah keturunan yang baik dari suku Sulaim."

Rasulullah bertanya; "Adakah kamu mengenali Amr bin Wahab dari suku Tsaqief yang juga baru memeluk Islam?"

Saad Assulami:"Ya, saya kenal dia dan tahu di mana rumahnya".

Rasulullah berkata lagi; "Pergilah kamu ke rumah Amr bin Wahab dengan baik dan mendapat izin untuk masuk ke rumahnya. Katakan kepadanya bahawa Rasulullah telah menikahkan kamu Saad Assulami dengan anaknya Atiqah".

Sebenarnya anak perempuan Amr bin Wahab yang bernama Atiqah itu merupakan gadis cantik yang pintar. Kedatangan Saad Assulami yang membawa salam dari Rasulullah s.a.w kepada keluarga Amr, disambut baik pada mulanya. Apabila diberi tahu perihal Rasulullah telah menikahkan anaknya Atiqah menjadi isteri Saad Assulami yang hitam lagi hodoh, Amr dengan marah menghalau Saad. Saad bergegas menuju kepada Rasulullah untuk mengadukan nasibnya yang masih malang.

Sebaliknya pula di pihak Atiqah anak perempuan Amr, dia merayu kepada ayahnya;
"Wahai ayah, patuhilah perintah Rasulullah sebelum diturunkan wahyu yang mendedahkan perbuatan ayah. Bagi diriku, aku rela kepada apa jua yang telah Allah dan RasulNya tetapkan untukku."

Mendengar pengakuan anak perempuannya, Amr bin Wahab segera menemui Rasulullah. Dia dan keluarganya memohon ampun dan maaf di atas kesalahannya. Juga menyatakan sangat khuatir akan beroleh murka Allah dan RasulNya. Amr bersetuju anaknya dikahwinkan dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham.

Rasulullah SAW kemudiannya memberitahu perihal mas kahwin tersebut kepada Saad Assulami. Dengan sedih Saad menjawab; "Saya sesungguhnya tidak ada wang maupun saudara mara untuk saya minta jumlah sebanyak itu.

Rasulullah berkata; "Sebenarnya untukmu mahar sebanyak itu telah ditanggung oleh 3 orang saudara mukminmu. Pergilah kepada Usman bin Affan, Abdurrahman bin Auf dan Ali. Setiap mereka akan memberikan 200 dirham kepada kamu."

Saad Assulami pun pergi mendapatkan sahabat-sahabat yang telah Rasulullah sebutkan. Mereka pula telah memberikan yang lebih dari yang disebutkan. Dengan wang yang diberikan kepadanya, Saad pergi ke pasar bertujuan membelikan hadiah perkahwinan untuk isterinya. Tiba-tiba Saad seolah-olah mendengar dari langit kata-kata yang menyerunya;
"Wahai kuda Allah, berkenderaanlah! Keluarlah untuk berjihad!"
Saad lantas mengangkat tangan berdoa;
"Ya Allah! Tuhan pencipta langit dan bumi, akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih Allah dan RasulNya sukai."
Saad telah menggunakan wang itu untuk membeli kuda perang, pedang, tombak dan perisai. Dia lantas berpakaian seorang tentera selengkapnya. Lalu menyertai pasukan tentera Muhajirin yang sedang berperang ketika itu. Semua orang yang belum mengenalinya bertanya-tanya kerana mereka merasai baru sahaja dia menyertai mereka. Dia mara ke barisan hadapan dengan begitu tangkas dan berani. Akhirnya ditakdirkan dia gugur syahid.

Demi terlihat saja lengannya yang hitam tersingsing, Rasulullah SAW segera mengenali, rupanya pejuang yang berani itu adalah Saad Assulami. Rasulullah segera memangku kepala Saad sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya dan baginda bersabda; "Alangkah harum baumu dan alangkah kasihnya Allah dan Rasul padamu."
Kemudian Rasulullah menangis diikuti pula dengan tertawa. Lalu memalingkan muka baginda diiringi sabdanya; "Kini dia telah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah."

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW jadi kehairanan dan tertanya-tanya; apakah haudh. Mengapa Rasulullah menangis, tertawa dan diikuti berpling muka...

Lalu Rasulullah bersabda menjawab soalan yang bertalu-talu;
"Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah SWT kepadaku. Lebarnya di antara Shan'an Yaman hingga Bushra. Di tepi telaga itu dihiasi permata dan mutiara. Airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. barangsiapa meminumnya sekali, dia tidak akan haus selama-lamanya. Aku menangis kerana rindu kepada Saad. Aku tertawa kerana melihat kemuliaan yang Allah berikan kepadanya. Aku memalingkan muka, kerana melihat isteri-isterinya dari kalangan bidadari berebut-rebut menghampiri Saad hingga terselak betis mereka, jadi aku merasa malu."

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabat baginda mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Saad untuk diserahkan kepada isteri yang sudah dinikahinya. Rasulullah turut memberitahu Amr bin Wahab perihal menantunya yang telah syahid; "Sesungguhnya Allah SWT telah mengahwinkan Saad Assulami dengan bidadari yang lebih cantik daripada puterimu."

Demikianlah secebis dari banyak lagi kisah-kisah seumpama itu yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Kisah tersebut dapat dijadikan panduan dalam kita melayari pengembaraan hidup menuju redha Ilahi. Sebagai hamba Allah, kita hanya mampu merancang sesuatu yang difikirkan baik menurut kemampuan ilmu dan akal yang sangat terbatas. Segala ketentuan yang terbaik adalah tertakluk kepada izin Allah untuk berlaku dalam kehidupan kita. Tidak semua yang kita rasakan baik, sebenarnya baik di sisi Allah untuk kehidupan kita. Apa pun keadaan yang kita hadapi, kepuasan akan dirasai bilamana kita benar-benar meyakini Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak menzalimi hamba-hambaNya. Dengan mensyukuri segala anugerah dan ketentuan Allah akan membuat kita merasa bahagia yang berkekalan.

Wallahu'alam.




MANUSIA tidak makan DAGING MANUSIA



"Eh! Tengok tu... itu Lia kan? Semalam pun aku nampak dia dengan budak laki tu."


"Ish, apa halnya Lia tu... Selama ni dia tak pernah gini. Elokje perangainya. Dah dekat nak exam ni buang tebiat ke?"


"Farah, Noni, sini kan perpustakaan. Kalau ye pun jom kita ke kafetaria. Nanti bolehlah cakap lebih lanjut."


Dialog di atas boleh membawa wujudnya gosip. Ia lahir dari perasaan curiga dan berprasangka buruk. Awas! Tabiat itu jika tidak dikawal akan merosakkan hubungan baik antara orang yang berkawan rapat.


Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w.: 'Hati-hatilah kamu dengan sangkaan, sesungguhnya sangkaan itu adalah yang paling dusta.' Anda mungkin boleh menggambarkan pelbagai andaian dan melabelkan orang lain dengan keaiban dan tohmahan yang tidak pasti. Oleh itu, Rasulullah amat melarang sebarang sangkaan yang akan meletakkan orang lain jauh dari hakikat kebenaran.

"Ida, Noni, kalau tak silap aku...budak lelaki tu kan si Farid dari Sarawak, yang pendiam tu..."

"Ya! Memang tak silap...Farid dari Sarawak. Pendiam dan tak suka campur orang. Dengan budak lelaki lain yang sekuliah dengan kita semua pun dia tak rapat."

"Farid tu kan tunang si Huda, pun dari Sarawak...Huda yang sebilik dengan Lia."


Setiap hari tanpa kita sedari, sebaik mata melihat berbagai gelagat dan ragam manusia, mulut lantas berbicara. Menyebut perlakuan orang lain memang menarik, mudah, malah adakalanya menyeronokkan. Ini didorong oleh nafsu dan bisikan syaitan. Awas, ia menjurus kepada dosa yang perit seksaannya.


Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Siapa mengumpat bermaksud menghina saudaranya, Allah meletakkannya di jambatan neraka pada hari Kiamat hingga bebas dari apa yang dikatakan.'
Menyedari ungkapan hadis tersebut, setiap wanita Islam yang bertakwa sentiasa berhati-hati pada setiap butir perkataan yang dipertuturkan. Sepatutnya tidak tercetus dari lidah Muslimah solehah kata-kata dusta apalagi yang berbentuk penghinaan kepada saudaranya.


"Kau tau Noni, semalam aku nampak sendiri Lia dan Farid makan tengah hari di sini. Bukan main mesra nampaknya."

"Huda tunang Farid tu ada sama tak? Kau jangan nak buat cerita bukan-bukan."

"Eh kau ni Ida, kalau tak percaya terpulanglah. Aku bukan apa, kesian pada Huda. Takut-takut dia tak tau lagi perkembangan baru tunangnya."

"Kalau pecah tembelang si Farid tu, takut pula nanti patah hati si Huda. Lebih parah kalau Huda berselisih faham pula dengan Lia."

"Aku rasa Ida, elok kau jumpa Huda dan ceritakan hal ni padanya. Kalau dia terserempak dengan Farid dan Lia nanti, tidaklah meletus perang."

"Cukuplah Farah, Noni, dari tadi aku ikuti dan mendengar dengan baik cerita kau berdua. Semua cerita ni termasuk mengumpat, memfitnah dan gosip semata. Besar dosanya tau, walau lancar je lidah menyebut, tapi hakikat sebenar macam makan bangkai daging manusia."


Ketahuilah apa jua bentuk celaan termasuk mengumpat, mengadu domba dan memfitnah akan memburukkan harga diri seseorang yang boleh disamakan mencemarkan harta dan darahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Setiap Muslim terhadap yang lainnya adalah haram darahnya, hartanya dan harga dirinya.'

Sabdanya lagi, 'Janganlah kamu saling mendengki, membenci atau berpaling. Janganlah pula setengah kamu mengumpat yang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara.'


Diceritakan dari Amir bin Dinar: Seorang lelaki Madinah mempunyai seorang adik perempuan. Suatu hari, adikperempuannya itu jatuh sakit, tenat, lalu meninggal dunia. Si abang turut sama mengebumikan jenazah adiknya. Setelah pulang ke rumah, lelaki itu menyedari yang dompetnya telah terjatuh ke dalam kubur. Dia segera berpatah balik ke tanah perkuburan. Tiada cara lain untuk mendapatkan semula dompetnya kecuali dengan menggali semula kubur adik perempuannya.
Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati api menyala-nyala dari dalam kubur itu. Setelah pulang ke rumah, dia bertanya kepada ibunya mengapa boleh berlaku sedemikian. Ibunya memberitahu, si adik sewaktu hidupnya suka benar pergi ke rumah jiran menceritakan keburukan orang dan menyebar fitnah.


Tabiat buruk itu jelas menyebabkan seksa kubur. Oleh itu, sesiapa yang ingin hidup dan mati dalam keadaan baik, maka hendaklah meninggalkan perbuatan mengumpat dan memfitnah.


"Apa yang kamu semua bualkan ni? Farah, Ida, Noni? Kamu mengumpat ye?"

"Sebenarnya Lia, kami memang ada sebut-sebut pasal kau..."

"Ini mesti pasal aku dengan Farid kan? Aku dah agak sesiapa yang terlihat aku dua tiga hari ini akan menyebut dan tertanya-tanya. Aku sibuk sangat sampai tak sempat cerita apa-apa khabar baru pada kawan-kawan."

"Ada apa halnya Lia? Ceritalah pada kami supaya kami tak buat andaian yang menimbulkan salah faham."

"Sebenarnya, Farid tu sepupu dan juga saudara sesusuan aku. Kamu semua ingat lagi tak? Dulu kan aku pernah cerita yang ayah aku ada seorang saja adik. Mereka tu kembar. Pak cik aku tu guru dan berkahwi dengan guru perempuan yang berasal dari Sarawak. Sepupu aku tu pula anak pertama dan lahir sebulan lebih awal daripada aku. Sewktu ibunya mula bekerja selepas cuti bersalin, dia dijaga oleh nenek aku. Emak aku pun masih dalam pantang selepas kelahiran aku. Farid tu pula tak mau menyusu botol. Jadi ibu aku bersetuju menyusuinya. Jadilah dia saudara sesusuan aku!"

"Jadi kau tak bolehlah bernikah dengan Farid, kan Lia?"

"Kau ni nampak cemas sangat kenapa, Noni?"

"Kan Farid tu tunang Huda, kawan sebilik kau tu."

"Macam mana kamu dua bersaudara ni boleh berpisah begitu lama?"

"Sabar ye, aku ceritakan satu persatu. Umur pak cik aku tu tak panjang. Dia meninggal dunia semasa umur Farid dua tahun. Kemudian Farid dan ibunya pulang ke Sarawak. Sejak itu kami berpisah. Hinggalah minggu lepas, Huda tunjukkan gambar bakal ibu mertuanya yang aku rasa seiras dengan gambar isteri pak cik aku. Sebab tulah dua tiga hari ini aku sibuk bercerita dengan Farid tentang kisah yang berlaku dalam keluarga kami."

"Oh, begitu...Kami semua ni Lia, nak minta maaf daripada kau sebab dah banyak emngumpat kau. Hampir-hampir saja membuat fitnah."

"Tak mengapalah Farah, Ida, Noni. Salah aku juga tak beritahu kamu semua lebih awal tentang ini semua."


Begitulah akibatnya jika sebarang sangkaan cepat dilahirkan dalam bentuk sebutan. Tambahan pula, lidah memang gemar mengatakan keburukan orang lain. Sepatutnya, setiap Muslimah solehah lebih waspada setiap kali ingin meyebut perihal rakan yang tidak hadir bersama. Elakkan juga daripada menyebut keburukan rakan itu.


Lazimnya, umpatan dan fitnah berlaku apabila wujud dua pihak, yang bercerita dan mendengar. Apabila ada orang yang memulakan cerita, maka yang mendengar itu mesti menghindarkan diri dan terus meninggalkan perbualan berkenaan. Sememangnya keadaan sebegini sukar dielakkan. Namun, tindakan tegas mesti dimulakan segera untuk menghindari kemurkaan Allah SWT.

Sibukkan DISIPLIN Diri


Wahai setiap diri yang Allah kasihi,
Semoga Allah sentiasa memberkati serta merahmati kita.
Sentiasa dianugerahkan taufiq, hidayah dan keimanan mendalam.
Dihiasi ketaqwaan mendalam dan mampu mentaati perintah Allah serentak dengan menjauhi laranganNya.


Dalam berbagai kesibukan dan kegawatan menuju hajat dan cita-cita,
Ambillah sedikit waktu untuk menilai hakikat kejadian insan.
renungi maksud firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 20-21;

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin dan juga pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"
Dengan itu Allah memerintahkan supaya kita berfikir berkaitan penciptaan diri kita. Untuk apa kita di ciptakan?


Fikirkanlah juga tentang tanda-tanda kekuasaanNya pada penciptaan makhluk yang lain juga.
Tentang penciptaan bumi dan segala isi yang terkandung di dalamnya.
Tentang lautan yang terkandung di dalamnya khazanah berharga buat manusia.
Tentang penciptaan langit yang menyimpan ribuan rahsia sistem cakerawala.

Sesungguhnya dengan memerhatikan setiap ciptaan Allah akan terbit rasa mengagungkan Allah yang tiada tolok bandingan. Ini akan melahirkan keinsafan di hati seterusnya dapat membentuk kita menjadi insan yang sentiasa menyerah dan taat kepada perintah Allah.

Renungi juga firman Allah berikut;
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata:"Ya Tuhan kami! Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka."(QS Ali-Imran:191)

Oleh itu kita sentiasa perlu menilai kualiti diri, agar tidak menjadi sia-sia atau membazirkan hayat yang dianugerahkan kepada kita. Usah mengingati Allah hanya sewaktu genting dan terdesak saja...Sentiasalah memikirkan tanggungjawab sebagai hamba Allah;

* Adakah seluruh anggota badan telah digunakan untuk mentaati perintah Allah?
* Gunakan semua kurniaan Allah untuk melaksanakan ketaatan kepadaNya.

* Berazam membaiki diri dan tidak mengulangi kesilapan lampau.


Mari kita merenungi sebuah riwayat yang membentangkan keberuntungan umat Muhammad SAW.

Nabi Adam a.s telah berkata;

"Sesungguhnya Allah kuniakan umat Muhammad empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Allah menerima taubatku di Mekah sahaja, tetapi umat Muhammad tetap diterima taubat mereka di mana saja berada.

2. Aku berpakaian,tetapi apabila aku engkar, dijadikanNya aku telanjang. Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat dalam bertelanjang, tetapi Allah terus memberi mereka pakaian.

3. Apabila aku melakukan dosa, terpisah aku daripada isteriku.Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat kepada Allah, tidak dipisahkan mereka daripada isteri mereka.

4. aku melakukan dosa di dalam syurga dan dikeluarkan aku darinya. Tetapi umat Muhammad melakukan maksiat di luar syurga, dimasukkanNya ke dalam syurga setelah bertaubat.


Betapa MahaPengasih dan Maha Penyayang Allah kepada semua hambaNya. DiciptakanNya kita dalam sebaik-baik bentuk dan keadaan. DitundukkanNya pula segala ciptaanNya seisi alam untuk maslahat kehidupan manusia seluruhnya.

Bagaimana pula tindakan kita mensyukuri segala nikmat Allah itu?

Sewajarnyalah kita menyusun langkah mendisiplinkan diri;

* Merasa diri sentiasa diawasi dan diteliti dalam setiap perkataan yang diucapkan maupun yang dibisikkan di dalam hati. Keraan sesungguhnya Allah mengambil kira setiap perbuatan hambaNya.

* Berwaspada dalam berbicara. Elakkan daripada menuturkan sesuatu yang di luar batasan syariat seperti mengumpat dan memfitnah. Gunakan lidah untuk memberi nasihat, berkata benar dan berzikir.

* Hindarkan hati dari bisikan jahat dan sebarang niat buruk terhadap orang lain.

* Banyakkan doa serta bersangka baik terhadap Allah.

* Ikhlas dalam setiap perbuatan dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah.

Akhirnya renungilah sebuah syair Arab;

Berlajarlah,

Sebab manusia itu tidak dilahirkan terus alim,

Dan tiadalah orang alim itu

dapat disamakan dengan orang jahil.

Sesungguhnya seorang ketua kaum,

yang tidak berilmu

Dipandang kecil apabila dikelilingi orang biasa,

yang berilmu.


Wallahu'alam.

Wassalam.

CINTA UNTUK SIAPA?

Menemui hati-hati yang dirahmati dan dilimpahi kasih Ilahi,

Perlu difahami dan dihayati satu hakikat yang dicurahkan oleh Rabbul 'Izzati ke seluruh pelusuk alam dan buat semua insan...

Tahukah anda?
Sesungguhnya CINTA adalah limpahan kasih-sayang YANG MAHA PENCIPTA kepada semua makhluk CIPTAANNYA. Ini juga bermakna CINTA merupakan anugerah ALLAH kepada hambaNya (MANUSIA). Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Thaha ayat 39:
"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."

Ayat di atas menjelaskan peristiwa ketika Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya memasukkan bayinya ke dalam peti dan dihanyutkan di Sungai Nil. Sehingga sampai ke istana Firaun yang sangat zalim yang dikenali sebagai musuh Allah. Dia juga merupakan musuh Nabi Musa a.s. Diiringi dan disusuli kakaknya yang menunjukkan kepada Asiyah isteri Firaun, siapa yang sesuai menyusui bayi Musa. Semuanya telah Allah atur begitu rupa menepati maslahat yang baik di sisiNya. Musa diasuh oleh Asiyah yang beriman, di istana Firaun. Dapat pula disusui oleh ibu kandungnya. Begitu besar rahmat Allah. Mengatur begitu rapi demi satu perencanaan besar, untuk tanggungjawab nubuwwah. Bakal menyebar kebenaran bagi seluruh alam...!

Hakikat Lebih Awal.
Pada penciptaan manusia yang pertama lagi; iaitu NABI ADAM a.s, terbukti CINTA itu FITRAH INSAN. Dikatakan demikian kerana pada mulanya Adam yang Allah ciptakan dan lantik sebagai khalifah Allah hidup sendirian. Ketika itu belum ada manusia lain selain dirinya. Dia berasa kesunyian dalam kemewahan hidup di syurga. Kemudian Allah menciptakan pula Hawa menjadi teman dan isteri bagi Adam. Mereka menjadi penghuni syurga buat beberapa ketika. Disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan iblis, maka mereka dicampakkan ke dalam kehidupan dunia!. Begitulah bermulanya hidup manusia di mayapada ini. Namun mesti difahami, semuanya telah Allah atur sebaik-baiknya di dalam dakapan KASIH ILAHI lagi HAKIKI. Supaya dengannya kita sentiasa terpimpin ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Sudah Jatuh Cinta?
Sering kita mendengar orang berkata; TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Kini apabila kita ketahui bahawa Allah Yang Maha Bijaksana mencipta dan mengatur seluruh isi alam ini untuk memudahkan kita menikmati limpahan kasihNya, akan terbukalah jalan untuk kita kenali dengan lebih dekat CINTA ILAHI.

Seterusnya kita menyedari pula, segala apa yang kita hajatkan datang dari sisiNya. Bukan dari yang selainNya. Maka akan terbitlah rasa kagum kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah .

Cinta Berputik.
Paduan antara KENAL dan KAGUM inilah yang menerbitkan sepenuh rasa CINTA TULUS seorang hamba seiring ketaatan dan kepatuhan kepada Al-Khaliq. Kemudian kesetiaan cinta akan terbukti dengan melaksanakan amal soleh. Inilah cinta hakiki di atas landasan kasih Ilahi. Inilah juga piawaian cinta untuk seisi alam. Semuanya dipersembahkan kepada Rabbul 'Izzati.

Kata Ibnu Qayyim:
"Tidak ada yang lebih disukai oleh hati, melainkan suka kepada penciptanya kerana;
* Penciptanya memelihara dan mentadbir segala urusannya.
* Penciptanya memberi rezeki.
* Penciptanya menghidup dan mematikan.

Cinta kepada Allah adalah;
* Kebahagiaan semua jiwa.
* Makanan setiap hati.
* Cahaya bagi akal dan mata."

Ibnu Taimiyah berkata:
"Hati manusia secara tabie berhajat kepada Allah kerana dua sebab;
1. Untuk beribadat.
2. Untuk berserah diri.
Hati tidak akan jadi baik, bersih, gembira dan tenang selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah Allah dan sepenuh cintanya berpaut kepada Allah." Inilah cinta pertama dan utama.

Bentuk Sebenar Cinta Ilahi.
Imam Fakhru Al-Razi berkata:
"Orang yang memahami faedah beribadat, akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah."

Rabiatul Adawiyah berkata:
"Kekasihku tiada yang menandingiNya,
Sekali pun Kekasih ku tidak dapat kupandang dengan mata,
Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku.
Dia akan kusanjung dan kupuja, sekali pun ada orang lain di sampingku.
Jiwa dan hatiku kupersembahkan hanya untukNya."

Begitulah bentuk cinta Ilahi yang menguasai hati;
Laksana pohon dalam hati.
Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah.
Dahannya ialah makrifatullah.
Rantingnya takutkan kemurkaan Allah.
Daunnya adalah malu kepada Allah.
Buahnya ialah istiqomah.
Air dan bajanya adalah zikirullah.

Bukti dan Pengorbanan Cinta.
apabila tautan jiwa si pencinta terhadap yang dicintainya telah begitu teguh dan padu, dia sanggup berkorban dan mengorbankan apa saja yang dimilikinya. Semata-mata memuaskan penerimaan yang dicintainya. Dengan itu, dirinya sendiri juga akan merasa bahagia.

Begitulah juga halnya bagi setiap diri yang teguh cinta dan kepatuhannya kepada Allah, dia akan sedaya-upaya berusaha memenuhi perintah Allah juga menjauhi laranganNya.

Dia tidak akan ragu-ragu dalam memenuhi arahan-arahan berikut;
* Katakanlah(Muhammad): Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Ali-Imran:31)

* "Tidak beriman seseorang dari kamu, sebelum Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada orang lain."(HR Bukhari dan Muslim)

Anugerah Kualiti Cinta.
Semestinya kita yakini Allah berlaku benar di dalam janjiNya. Telah sedaya upaya kita buktikan ikrar cinta terhadap Allah. Iaitu apa jua bentuk ibadah kita adalah semata-mata untuk beroleh redha Allah.
Maka layaklah kita beroleh anugerah dan pengiktirafan;
* "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beraaml soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang."(QS Maryam: 96)

* Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda; "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru..., Sesungguhnya Allah mencintai Fulan. maka cintailah dia! Maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian dijadikan orang-orang yang menyambut cintanya di bumi."

* Rasulullah juga bersabda; "Allah berfirman pada hari qiamat, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai dengan keagunganKu? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah lindunganKu, pada hari yang tiada lindungan selain perlindunganKu."(HR Muslim)

Begitulah hasilnya yang akan kita perolehi sekiranya kecintaan kepada Allah kita beri keutamaan. Segala kebaikan akan mewarnai jalan hidup kita. Semua tahap cinta yang kita lalui, akan mampu kita realisasikan praktiknya dalam batasan yang telah Allah tetapkan...

* Cinta ayah-ibu terhadap anak-anak akan berlangsung sepertimana yang Allah pertanggungjawabkan.

* Cinta anak terhadap ayah-ibu juga dalam rangka ketaatan yang Allah tetapkan.

* Cinta suami-isteri tertakluk kepada peraturan-peraturan dan hak yang Allah perintahkan.

* Cinta sesama saudara muslim semestinya demi mendapatkan keredhaan Allah.

Doa:
"Ya ALLah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMU cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Allah! Jadikan aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam segala usahaku.

Ya Allah! Setiap apa ayng aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.

Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin."