UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

MADAH IMAM SYAFIE


Salam rindu diiringi kasih Ilahi;

Istimewa untuk pemuda-pemudi harapan di serata pelusuk bumi tercinta...

Disebabkan kerinduan ibu kepada kalian,
Sedikit masa yang terluang sewaktu melepaskan lelah ini...ibu paparkan sedutan dari beberapa madah imam as-Shafie. Moga dengannya kalian beroleh bahan peringatan yang sangat berguna. Terutama sewaktu bermenung sendirian dan fikiran menerawang mencari-cari pedoman...

Imam Shafie sungguh bijak mengungkapkan madah bagi tujuan menyampaikan isi ajaran Islam yang menyentuh hati dan perasaan. Mengandungi maksud begitu halus dan mendalam. Di kesempatan ini ibu paparkan beberapa antaranya,...moga dapat kalian gunakan untuk bermuhasabah;

* Perhiasan ilmuan itu adalah takwanya, keelokan akhlak mulianya dan kecantikan murah hatinya.

* Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu, melainkan dia berada dalam kekurangan.

*Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ilmuan, selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai Allah.

* Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

*Barang siapa ingin hatinya diterangi oleh cahaya Ilahi, hendaklah dia banyak menyendiri, mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang yang buruk perangainya.

* Orang yang berakal adalah orang yang diikat oleh akhlaknya daripada segala perbuatan tercela.

* Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya, dan menjadi musuh kepada musuh sahabatnya.

* Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dari sahabat.

* Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia menginginkan kebaikan bagi sauadranya.

2 ulasan:

Seri Bunga berkata...

salam ummi!entry kali ni terkena bulat2 dekat bunga..dan ape yg Imam Syafie dah highlight kan tu,mmg ptt ade dlm jiwa seorg mukmin..

1)mukmin hebat..jiwanya haus dgn ilmu..minta diisi dan disi lg..kemdian bersmngat utk berkongsi,supaya mnfaatnya tak trbtas hny pd dirinye

2)mukmin hebat..jiwanya sentiasa merindui suasana ukhwah..menanti2 saat bertemu teman..segalanya dalam suasana yg tarbawi..kalo jaulah,jaulah tarbawi..kalo main,permainan tarbawi..kalo berbual,isinye padat terkait dgn tarbiyah Islamiyah..

btul tak ummi?

p/s1: yg berkata bukanlah hebat..yg mdengar bukanla lemah..tetapi sbaik mereka adalah mereka2 yg bertaqwa..

p/s2: jazakillah khairan kathira ummi!

p/s3:ummi,bunga excited nk jmp ummi nnt! yeaay!![moga Allah mudahkan sumenye]

16 Mac 2010 pada 8:32 PTG  
Noraini Eslah berkata...

wkmsalam bunga,
titis airmata ummi mndengar petah bicara anakda bunga. Juga lancar patah prkataan yg trtulis...

Kembali gambaran sewaktu ummi remaja dulu...aktif mcm kalian. moga bunga dan semua pemuda-pemudi yg ummi kasihi kerana Allah mnjadi pewaris yg Allah redha..mengembalikan kegemilangan silam.

warna2 kesejahteraan hidup insan tersimpan dlm hati n jiwa kalian. Bangunlah! melangkah penuh yakin ke hadapan. Usah leka dibuai mimpi. Kami yang berbicara hari ini akan tiba waktu pulang...kalian mesti mulakan kegigihan di saat ini juga.
Sewaktu mata kami masih upaya menatap langkah2 kalian. moga dapat kami tersenyum di saat menuju istirehat.

Allahuakhbar!

16 Mac 2010 pada 10:22 PTG