UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

AKU DATANG MENULIS


Kesejahteraan melimpah ruah dari Pencipta semesta alam, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa.


Alhamdulillah,
Syukur tiada terhingga puisi yang terilham ke dasar hati kerdil ini telah dideklamasikan dgn irama begitu syahdu pada malam penutup 'Simposium Penulisan Remaja' KTD, Kelantan; malam 12/3/11

AKU DATANG MENULIS

Ya Allah, Tuhanku

Rabbi Rabbul Izzati

keupayaan ini anugerah-Mu

mencoret melakar terus menerus mewarnai

dalam debur kasih insani kuraih ilham hakiki

tersujudku menagih belas kasih-Mu

tengadah menatang hidayah menjadi abdi-Mu

pasrah memikul amanah-Mu.

Ya Allah, Tuhanku

Rabbi Rabbul’Alamin

aku hanya setinta insan

berkhalifah di saujana bumi-Mu

menebar takwa berbunga ikhsan

tumbuh subur cinta ubudiyah

membenarkan mimpi terbit di realiti

menjadi penulis soleh musleh.

Ya Allah, Tuhanku

Arrahman Arrahim

tunjuki daku jalan-jalan-Mu

kekal disuluhi hidayah-Mu

diharumi keampuan reda-Mu

aku datang kepada-Mu
membawa hati-hati tertaut mata pena ubudiyyah

memimpin tangan melakar amal soleh

selamanya kekal istiqamah

tunduk patuh menjadi abdi-Mu

Aku datang...

Terus maju menulis menuju-Mu

Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Allahuakhbar!

-ummu anas-


Allahuakhbar!

5 ulasan:

Salam ziarah, aku datang nak belajar menulis....boleh ke? Gurau je..

16 Mac 2011 pada 8:16 PG  
Noraini Eslah berkata...

wa'alaikum salam,
ummuafiq hashim...,
jika benar anda ingin belajar mnulis..., britau je,sy insya-Allah boleh tolong uruskn;samaada sy ajar sikit2 atau sy linkkan anda pd seorg sifu...

16 Mac 2011 pada 11:58 PG  

Terima kasih la banyak-banyak, tak sangka dapat respon positif dari Ummu Anas. Saya memang teringin nak belajar menulis especially menulis skrip drama tapi saya ni start dari zero. Dulu ada kawan nak tolong ajar S.Huda penulis skrip drama Raflesia tapi sekarang dah tukar profesyen pulak..Tu la sampai sekarang tak jumpa2 sifu menulis... sori le..panjang ceritanya. Tapi kalau Ummu Anas tak keberatan saya lebih-lebih lagi bersedia. Macamana caranya terpulanglah pada Ummu Anas.

17 Mac 2011 pada 11:04 PTG  
Noraini Eslah berkata...

Sama-sama ummuafiq hashim,
bagus sungguh hasrat anda itu, akn dpt mndidik generasi hari ini...,moga mndpt jln trbaik.

ttg pnulisan, sy mndalami pnulisn artikel n buku motivasi; bidang ini yg sdg sy usahakan...

ttg sastera, sy sdg mnguruskan blog sastera milik seorg novelis - azmahnordin.blogspot.com
-jika anda brminat utk belajar mnulis cerpen n novel, bolehlah brkunjung ke blog trsebut, nanti sy daftarkan.

jika mnulis skrip drama, sy blum lg trlibat setakat ini. dari apa yg sy lihat2 dlm internet, rasanya ada pihak yg mngajarnya secara brbayar, n kdg2 ada bengkel2 di buat utk sehari.

apa2 pun, sy cadangkan anda singgah ke azmahnordin.blogspot.com , lihat apa2 yg kami sediakan di sana;hingga ketemu...

18 Mac 2011 pada 7:46 PG  

Terima kasih Ummu Anas, sangat banyak membantu insyallah saya akan ke blog itu..

24 Mac 2011 pada 9:39 PG