UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

MENULIS



Salam sejatera diiringi limpah rahmat Ilahi!

Mengapa Menulis?
Ingin mencipta karya tulis yang bersifat persuasif bertujuan mempengaruhi dan merubah fikiran pembaca. Perubahan yang dimaksudkan semestinya berunsur positif yang mampu membawa kebenaran dan manfaat kepada manusia seluruhnya.

Mulai Dengan Kesedaran
1. Matlamat penciptaan manusia bertepatan maksud firman Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56:
“Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Bagi setiap muslim yang bertaqwa, seluruh aktiviti kehidupan sepanjang hayatnya dipenuhi dengan tujuan beribadah untuk mencari keredhaan Allah. Begitu juga dengan penglibatannya di bidang penulisan, adalah dengan tujuan memenuhi tugasnya sebagai khalifah Allah yang sentiasa berubudiyah.

Dengan itu kita mesti menyedari tuntutan yang Allah tegaskan dalam surah Al-Alaq ayat 1-5:
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan, Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah, Yang mengajarkan (menulis) dengan pena, Yang mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”
Juga tersebut dalam firman Allah:
“Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan.”(QS Al-Qalam:1)

2. Seseorang Muslim tidak mencukupi sekadar menjadikan dirinya sendiri saja baik tanpa berusaha mengajak orang lain juga berbuat baik. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3:
“Demi masa, manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenarandan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Dalam usaha penulisan inilah terbuka luas ruang untuk saling berpesan dan memperingati kepada perkara-perkara positif.

3. Usaha melaksanakan amar maaruf nahi mungkar mesti berlangsung secara berterusan kerana kemungkaran sifatnya menghilangkan keupayaan manusia untuk melakukan dan menerima kebenaran. Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak kuasa dengan lidahnya dan jika juga tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian selemah-lemah iman.”

Perlu kita sedari medan penulisan dapat menyelamatkan manusia dari kerosakan fikrah yang akhirnya menjerumuskan kepada kemurkaan Allah. Dalam keadaan hari ini dipenuhi maksiat dan kemungkaran, hasil tulisan dapat berfungsi sebagai salah satu bentuk mencegah keburukan dengan lidah(lisan). Dari itu usaha-usaha di medan penulisan bukan sekadar memenuhi hobi dan kecenderungan, malahan ia menepati tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Penulis Muslim Contoh
(dipetik dari buku Suri Tauladan Di Sepanjang Jalan Dakwah, oleh al-ustaz Mustafa Masyhur)
1. Bijak dalam memilih tajuk yang sesuai untuk tujuan berdakwah, menghuraikan tajuk itu dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia dan boleh memberi kesan yang dikehendaki.
2. Berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham. Perlu sentiasa menyedari, berapa banyak dosa akan ditanggung jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan fahaman yang salah.
3. Penulis Muslim yang berbakat dan berpeluang menglibatkan diri dalam bidang sebaran am, mestilah memanfaatkan sepenuhnya kebolehan yang dianugerahkan kepadanya untuk tujuan menyebarkan kebenaran kepada khalayak umum.
4. Cerpenis dan novelis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan penyelesaian kepada masalah masyarakat semasa bagi semua peringkat, dari kanak-kanak, pemuda dam pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesannya.
5. Bagi yang berkebolehan dalam penciptaan puisi dan syair juga nasyid, sebolehnya memberi sumbangan dengan mencipta nasyid-nasyid dan puisi yang menimbulkan semangat berjuang di kalangan pemuda dan remaja juga seawal usia kanak-kanak lagi kerana sudut ini begitu halus dalam mempengaruhi jiwa manusia.

Tips Untuk Memulakan Usaha Menulis

1. Banyakkan membaca apa saja bahan atau karya yang baik dan membina. Buku, akhbar, majalah maupun novel. Ini akan membentuk idea dalam minda kita tentang bagaimana kita harus memulakan gaya penulisan.
2. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka dan sentiasa sedia menerima cadangan maupun pandangan dan teguran. Dengan meneroka pandangan orang lain, kita akan mudah meramalkan bentuk penulisan yang diminati dan digemari pembaca.
3. Rajin meneliti telatah kehidupan insan dan gemar menganalisa alam yang terbentang dan semua ini dapat meransang ilham.
4. Seperti juga bertutur, menulis akan menjadi jika kita dapat menguasai bahasa dengan baik. Cuba sedapatnya ikuti perkembangan bahasa dengan membaca dan meneliti majalah-majalah terbitan DBP seperti Dewan Bahasa, DewanSastera, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa.
5. Tentukan kumpulan sasar yang ingin kita sampaikan bahan karya kita bersesuaian dengan kemampuan dan gaya olahan kita.
6. Bijak menguruskan masa; urus waktu tidur supaya tidak berlebihan. Bangun awal dan terus menulis dalam waktu yang tenang. Menulis berterusan setiap hari dan dijadualkan dengan menganggap menulis satu tanggungjawab, bukannya hobi. Elakkan membuang masa dengan banyak bersosial dan omongan kosong.
7. Sediakan secukupnya buku rujukan mengikut bidang tumpuan kita berkarya. Sediakan tempat selesa dan sesuai untuk menulis, menulis, dan menulis...
8. Bagi memastikan kegigihan kita berterusan, mesti bina semangat yang mantap dalam jiwa dengan sentiasa bermunajat.
9. Tingkatkan kemahiran dan ilmu penulisan dengan meluangkan masa mengikuti kursus-kursus penulisan. Perlu diingat, tidak ada yang disebut ‘born writer’ tanpa ilmu dan latihan.

Penulisan Persuasif Terancang
• Penulisan persuasif bertujuan mempengaruhi dan mengubah pemikiran pembaca tentang sesuatu isu. Ia mesti dirancang begitu rupa menepati ciri-ciri pemberitaan yang baik, pemikiran yang baik dan idea yang bernas juga dapat bertindak merubah keadaan.
• Pengolahannya mesti terancang begitu rupa menepati ruang lingkup dan tabiat khalayak pembaca dan kumpulan sasar. Dengan mengambil kira penggunaan bahasa yang santai dan membumi. Di samping menyerapkan gaya pendekatan hidup dan segar untuk menarik perhatian dan kesedaran pembaca.

Dengan menyedari pertolongan Allah sangat hampir kepada orang-orang yang menolong agama Allah, mulakanlah sekarang...menulis, menulis dan menulis...

Wallahu’alam

4 ulasan:

Seri Bunga berkata...

salam wbt ummi

informative n effective!itu respon bunga bile bce tulisan ummi yg ini

..dan da'wah cara mnulis ini bole bg kesan besar jika dibuat secara btul dan hebat.tgk sje pnulisan ummi,dah bnyk mnyentuh hati2 anak2 muda n juga org dewasa.dan inila titik permulaan penghasilan mnusia2 hebat.kan ummi?

..dan penulisan juga menuntut pnulis melaksana dahulu nasihat2 atau peringatan2 yg dia beri atau kongsi dgn yg lain..sbbnya,akan smpi satu mase,Allah mnuntut kite mngota ape yg kite kata..[dan ia slalu terjadi pd bunga]

jazakillah ummi :-)

p/s:iAllah,lepas ni bunga akan aktif mnulis blk.ummi,nnt share tips bnyk2 lg ngn bunga ye ummi

12 Julai 2010 pada 4:25 PTG  
Noraini Eslah berkata...

alhamdulillah, bunga(oo di bog guna bunga...)

ummi pun nampak ada bakat besar yg tersembunyi pd bunga, bukan hanya tulis blog, malah lebih dari itu...jika bunga sudi dan telah bersedia n bila dah tamat pengajian...ummi suka klu dpt share utk kita sama2 mnggarap lebih mendalam ilmu penulisan. anakda layak jadi pelapis n mewarisi...andai ummi telah tiada, akan ada yg dpt meneruskan...insya-Allah!

12 Julai 2010 pada 6:19 PTG  
Noraini Eslah berkata...

alhamdulillah, bunga(oo di bog guna bunga...)

ummi pun nampak ada bakat besar yg tersembunyi pd bunga, bukan hanya tulis blog, malah lebih dari itu...jika bunga sudi dan telah bersedia n bila dah tamat pengajian...ummi suka klu dpt share utk kita sama2 mnggarap lebih mendalam ilmu penulisan. anakda layak jadi pelapis n mewarisi...andai ummi telah tiada, akan ada yg dpt meneruskan...insya-Allah!

12 Julai 2010 pada 6:19 PTG  
Seri Bunga berkata...

iAllah,mmg berhajat nk serius dlm penulisan.cume pd bunga,bunga lebih suke 'buat dlu sblm ckp'.bilamana mne bunga berjaya dlm mlaksanakannya (walaupun kdg2 natijahnya tidak seprti yg dijangka),bunga takkan ralat nk kongsi dgn pembaca lain.btul tak cara bunga pk ni ummi?atau ummi ade cdgn lain utk bunga? :-)

..dan apatah lg bila seorang ibu dan pnulis hebat sudi nk berkongsi ilmu n pengalaman dgn bunga,bunga sgt2 senang hati nk kaut ilmu2 itu.aduhai..satu kerugian kalau bunga kata 'tidak' :-)

iAllah,smoga Allah beri kesempatan pd kite :-)

13 Julai 2010 pada 4:17 PG