UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

AKU DATANG



AKU DATANG

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul Izzati
kelahiran ini anugerah-Mu
dalam debur tangis kuraih erti hidup
tersujudku pada selarik belas kasih-Mu
tengadah meluhurkan hidayah-Mu
pasrah memikul amanah-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Rabbi Rabbul’Alamin
aku hanya setinta insan
berkhalifah di saujana bumi-Mu
menebar takwa berbunga ikhsan
mengabdi cinta ubudiyah
mimpikan janji syurga-Mu.

Ya Allah, Tuhanku
Arrahman Arrahim
tunjuki daku jalan-jalan-Mu
disuluhi hidayah-Mu
diharumi reda-Mu
aku pasrah lagi patuh
tanpa ingkar lagi mungkar
aku datang kepadaMu
Allahuakhbar!

Ummu Anas
11/7/10

(Puisi percubaan sy ini merupakan puisi pertama yg sy tulis setelah puluhan tahun trcicir dari cinta puisi...,ia telah disentuh halusi oleh sahabat2 seperjuangan berkarya sy)

4 ulasan:

Pa'al berkata...

kaka ummu!

tahniah, pa'al tumpang bangga dgn puisi kak ummu yg pertama ini!

12 Julai 2010 pada 10:45 PG  
Noraini Eslah berkata...

terima kasih pa'al,
kakak juga menangis mmembacanya semula...kerana di dalamnya diabadikan sentuhan antara hati2 yg terikat dgn cinta Ilahi. Semoga puisi ini selamanya menjadi titik tolak yang mengugah jiwa kakak n menggerakkan jari jemari ini menari2 mencipta puisi terus-menerus ke akhirnya...(n yg lbih manis hal yg trsirat antara pnulis n pmbimbingnya)

12 Julai 2010 pada 11:02 PG  
Sanubari Alam berkata...

salam kak ummu..

syabas...!!!

yg paling saya tertarik adalah baris kata ini
" mimpikan janji syurga-Mu. "

syurga atau neraka adalah haknya...dia lebih berhak menentukan...hidup kita dimuka bumi yg bertuah ini adalah untuk mendapat keredaannya...wallahualam

syabas sekali lagi...

12 Julai 2010 pada 1:26 PTG  
Noraini Eslah berkata...

ya, MASH, asalnya konon kakak mau contohi cinta rabiatul adawiyah, tapi takwa tak cukup bulat...teringin jg mau syurga... cinta adawiyah trlalu tulus dia mngharap balasan cinta Allah bukan kerana syurga dan takut neraka, tp dia cinta-Nya kerana Allah memang berhak dicinta terdahulu Allah cinta kpd hamba-Nya, gitu..lihat! beza jauhhh tuuu...doakan kakak layak utk broleh reda Allah.takut ni...

12 Julai 2010 pada 3:36 PTG