Wahai putera-puteri harapan!
Kalian permata yang berkilauan...
Kalian harapan hari esok yang berupaya memperelok lagi warna kehidupan insan, dengan taqwa yang tinggi!
Penuhilah dunia dengan limpah kasih Ilahi. Usir was-was di hati. Usah membuka ruang-ruang untuk umpat- mengumpat serta mengadu domba. Semua perbuatan itu akan membunuh kasih sayang dan menyuburkan kebencian.
Berlalunya hari-hari tanpa kasih sayang, sungguh merupakan satu kerugian. Apabila perasan persaudaraan Islam telah hilang dari hati manusia, maka terhentilah semangat bantu membantu. Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen. Jadilah kalian sebagai hati kepada alam dan hidupkan ia dengan perasaan dan sentimen.
Lengkapkan kehidupan insan dengan persaudaraan Islam yang diikat dengan aqidah dan keyakinan kepada Allah. ianya melahirkan perasaan mendalam tentang belas kasiahn seperti yang tergambar di dalam maksud sabda Rasulullah SAW;
"Perumpamaan abgi orang-orang yang beriman di dalam kasih sayang, belas kasihan serta rahmat-merahmati sesama mereka, umpama satu jasad. Jika salah satu anggota mengaduh sakit, akan turut semua anggota merasai sakit dan berjaga malam."
Muslim dalam sahihnya, ada meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah Taala akan berkata di hari kiamat: Dimanakah orang-orang yang saling mengasihi kerana kebesaranKu? Pada hari ini Aku akan melindungi mereka di bawah lindunganKu. Ia hari di mana tiada lindungan lain selain lindunganKu."
Berikut disenaraikan beberapa langkah yang mesti dilaksanakan untuk memenuhi hak persaudaran Islam;
* nyatakan perasaan kasih terhadap seseorang saudara muslim yang dikasihi kerana Allah.
* tidak menganiaya sesama saudara muslim.
* tidak membuka aibnya.
* tidak menyerahkannya kepada musuh.
* mendoakan untuknya walaupun berjauhan.
* sentiasa berwajah manis dan berjabat tangan ketika bertemu.
* saling kunjung-mengunjungi.
* turut bersukacita di dalam kegembiraan saudaranya.
* saling memberi hadiah.
* memberi perhatian dan mendahulukan keperluan saudaranya.
* menziarahinya ketika sakit.
* turut mengiring jenazahnya.
4 ulasan:
Ukhwah adalah hasil keimanan
4 April 2010 pada 9:29 PTGsalam ukwah mukhlis nasri,
4 April 2010 pada 9:33 PTGya tepat sekali, ukhwah natijah iman. dibina di atas iman. ikatannya dgn keteguhan iman. iman kuat n mendalam, teguh ukhwah! terputus iman...akan terputus ukhwah...nauzubillah!
bermula dengan kasih sayang.
5 April 2010 pada 10:08 PGYa,+fobia+...bermula dgn kasih sayang...sepanjang hayat kita bernaung di bawah kasih Ilahi. Akan dikumpulkan semua yg saling mengasihi kerana Allah di bawah naunganNya di akhirat kelak...
7 April 2010 pada 8:11 PGCatat Ulasan