Salam sejahtera diiringi limpahkasih Ilahi.
Ditujukan khusus untuk setiap diri yang sentiasa berpaut kepada cinta-kasih Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai diri yang Allah ciptakan...
Ingatlah firman Allah yang bermaksud;
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".(QS Al-Hasyr:18)
Berfikirlah wahai semua diri yang Allah kasihi...,
Gunakan setiap detik masa yang dikurniakan untuk menghitung diri, amalan mana yang perlu diperkemas dan dipertingkatkan. Sesungguhnya kita umpama pedagang di dunia ini;
* Iman dan Islam adalah modal.
* Keikhlasan, Ketaatan dan Istiqamah adalah srategi.
* Keredhaan Allah adalah target dan matlamat.
* Pahala dan Keampunan adalah keuntungan hakiki.
Ingatlah pesanan Umar Al-Faruq r.a;
"Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab(Allah) dan timbanglah dirimu sebelum ditimbang(Allah) serta bersiap sedialah untuk menghadapi hari peperiksaan yang paling besar(akhirat)".
Oleh itu fikirkan sedalam-dalamnya...
1. Gerak hatimu yang menimbulkan niat samaada ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu kerja. Adakah hatimu diserang kuman riak, 'ujub dan takabbur?.
2. Apakah perkara yang sentiasa memenuhi akalmu?.Adakah dirimu hanya memikirkan hal-ehwal dunia hingga melupakan akhiratmu?.
3. Apakah pekerjaanmu mengalihkan tumpuan dari memikirkan perananmu menegakkan deen Allah?
4. Adakah setiap ibadahmu dilakukan sebaik-baiknya?
5. Rezekimu adakah kamu perolehi dari sumber yang halal?
6. Aktiviti dan tugas-tugas harianmu adakah menjurus ke jalan kebaikan dan kebenaran.
Akhirnya laraskan laluan hidupmu di landasan kebenaran Islam agar terbit akhlak mulia lagi terpuji. Sentiasalah merasakan Allah mengawasimu. Dialah Penguasa dan Pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Baik yang kelihatan oleh mata zahir atau yang tidak kelihatan. Yakinlah akan kekuasaanNya. Semoga kita semua beroleh pertunjuk dan rahmat Allah.
Amiin.
ISTIKHARAH CINTA
ANAK-ANAKKU BERJUANGLAH
Alhamdulillah buku kedua UMMU ANAS (Anak-Anakku Berjuanglah) telah diterbitkan. Ini adalah kesinambungan dari buku Anak-Anakku Bangunlah.
Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi UMMU ANAS di email (bintul.eslah@gmail.com)
Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi UMMU ANAS di email (bintul.eslah@gmail.com)
ANAK-ANAKKU BANGUNLAH
Pembaca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
ringkas..namun sungguh ini perigtn yg sgt berguna utk ana..
21 Jun 2009 pada 11:47 PGsyukrn makcik
Tq sinar_islami krana sudi bri ulasan.
21 Jun 2009 pada 2:43 PTGSbnarnya mkcik sndiri yg sngat prlu bringat slalu pd yg dtulis. Trlalu sibuk dgn dunia, kkadang leka...maut sntiasa dtg mnjenguk; usia pun xtau brapa yg brbaki. Jadi jika buat muhasabah...trbitlah rasa insaf...moga anakda dgn ketangkasan org muda akan lebih waspada trhadap dunia yg pnuh tipu daya nafsu n syaitan. Jadilah tntera Allah yg kakinya d dunia, hatinya d akhirat.
wassalam.
Catat Ulasan