UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

MAMPUKAH KITA MECONTOHINYA?


**Sekali lagi saya siarkan kisah ini supaya dapat kita jadikan panduan; terutama bagi kalangan wanita muslimah masa kini yang sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran yang menguji keteguhan iman ...

Ummu Sulaim binti Milhan juga dikenali sebagai Ar-Rumaishaa’. Beliau merupakan wanita solehah yang telah banyak meninggalkan contoh ikutan kepada seluruh wanita Islam sehingga ke hari ini. Satu contoh unggul dalam kehidupan rumahtangga Muslim dan kegigihan menyertai perjuangan Rasulullah. Beliaulah ibu kepada Anas bin Malik.

Sebelum memeluk Islam, beliau telah berkahwin dengan Malik bin An Nadhr, bapa Anas bin Malik. Ummu Sulaim telah memeluk Islam bersama-sama kaumnya. Sedangkan suaminya Malik bin An Nadhr enggan memeluk Islam. Ketika itu Anas bin Malik masih kecil dan baru saja berlajar bertutur, namun telah boleh melafazkan kalimah syahadah.

Keengganan suaminya memeluk Islam dan mengambil keputusan meninggalkan Ummu Sulaim membesarkan Anas bin Malik sendirian tidak mematahkan semangatnya. Ummu Sulaim cekal membuktikan cinta kasihnya hanya untuk Islam. Beliau lebih mencintai kehidupan di jalan kebenaran Islam. Dia berazam tidak berkahwin lagi selagi anaknya belum dewasa dan menumpukan sepenuh masa mendidik Anas bin Malik menjadi seorang yang bertakwa dan berilmu. Juga bertekad hanya akan berkahwin jika dipersetujui oleh anaknya Anas.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Anas bin Malik sudah berusia sepuluh tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah:

“Kebanyakan kaum Ansar lelaki dan perempuan, menghadiahkan sesuatu kepada tuan. Saya tidak punya apa-apa selain anak lelaki ini. Ambillah dia sebagai budak suruhan, supaya dia berkhidmat dan belajar dari tuan.”

Ummu Sulaim sebenarnya sangat berhajat anaknya Anas bin Malik menjadi sebaik-baik manusia. Berkat kesungguhan ibunya dan doa-doa Rasulullah, Anas bin Malik menjadi seorang alim yang banyak meriwayatkan hadis dan memberi fatwa. Ketika Anas bin Malik telah menjangkau usia dewasa, datanglah Abu Talhah melamar ibunya. Abu Talhah menawarkan mas kahwin yang tinggi, untuk menarik perhatian Ummu Sulaim. Namun ketika itu Abu Talhah masih lagi kufur.

Ummu sulaim yang begitu teguh pendirian dan mendalam kecintaanya kepada Islam dengan tegas menjawab:

“Wahai Abu Talhah! Bagaimana boleh menjadi isterimu kerana engkau masih kufur. Kau masih nmenyembah batu dan kayu. Aku tidak mengharapkan mahar yang tinggi. Aku hanya menerimamu setelah engkau memeluk Islam. Memadai keIslamanmu menjadi mahar paling mahal.”

Sekali lagi terbukti cinta dan kasih Ummu Sulaim hanya untuk Islam. Permintaan Ummu Sulaim begitu rupa menjadi tamparan hebat buat Abu Talhah. Tetapi apabila difikirkan semula dengan mendalam, Abu Talhah telah rela memberi persetujuan terhadap syarat yang diminta Ummu Sulaim. Abu Thalhah segera menyatakan persetujuanya kepada permintan Ummu Sulaim dan berharapan besar Ummu Sulaim akan menerimanya dengan senang hati.

Bagi Ummu Sulaim sendiri, beliau masih berpegang kepada janjinya inginkan persetujuan dari Anas bin Malik terlebih dahulu. Setelah Anas bin Malik mepersetujui ibunya berkahwin dengan Abu Talhah, barulah Ummu Sulaim menyatakan kesanggupannya menjadi isteri Abu Talhah. Mas kahwinnya cukup dengan Abu Talhah mengucapkan dua kalimah syahadah. Itulah mas kahwin termahal bagi Ummu Sulaim sebagai bukti cinta dan kasihnya hanya untuk Islam. Bagaimana jika hal demikian dibawa ke dalam kehidupan kita pada hari ini?

Memang ramai yang akan merasa aneh; bagaimana seorang perempuan rela berkahwin dengan mas kahwin semudah itu? Tiada emas, permata dan wang hantaran beribu-ribu juga pelamin bertingkat-tingkat. Berbanding dengan kebiasaan hari ini setiap majlis perkahwinan diraikan dalam majlis gilang gemilang dan besar-besaran. Namun kebahgian dalam rumah tangga Ummu Sulaim dan Abu Talhah telah diasaskan dengan kecintaan sepenuhnya untuk Islam. Abu Talhah sendiri tealh mengorbankan kekufurannya semata-mata mengharapkan beroleh kehidupan yang diredai Allah.

Segala pengorbanan mereka seisi keluarga yang diikhlaskan untuk Islam, tidak Allah sia-siakan. Mereka telah dikurniakan anak-anak yang soleh. Salah seorang diantaranya, Abdullah bin Abu Talhah.Abdullah pula beroleh anak lelaki bernama Ishaq bin Abdullah bin Abu Talhah yang merupakan tokoh ilmu fiqh yang terkenal. Terbukti segala pengorbanan demi kecintaan kepada Islam tidak sia-sia. Kini terpulang pula kepada kita bertindak menyesuaikan langkah dalam kehidupan untuk menepati yang Allah reda.

Wallahu’alam.



1 ulasan:

dairiibu berkata...

assalamualaikun ibu anas.

Sahabat awal menikah bermas kahwinkan iman sebab mereka sangat faham dan yakin betapa bernilainya iman tersebut.Manusia hari ini mengalami krisis nilai yang sangat parah.Iman bagaikan tiada harga.Oleh itu tak hairanlah walaupun maskahwinnya adalah quran, tetapi rumahtangga masih berantakan kerana quran itu jd hiasan bukan sebagai pedoman dalam kehidupan .Wallahuallam.

26 Februari 2011 pada 4:25 PTG