Putera-Puteri Islam Sejati!
Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk kalian yang ibu kasihi dengan kasih-sayang Islam.

Maha Suci Allah yang menjuruskan hati kita pada landasan
iman dan Islam.
Telah
kalian fahami betapa pantas peredaran masa, sedangkan aktiviti yang mesti
diselesaikan sentiasa banyak. Masa-masa yang telah berlalu sedikit sebanyak
pasti telah meninggalkan kesan dan merangsang jiwa untuk membayangkan hari-hari
yang mendatang. Biarpun perasaan mengatakan hari muka masih jauh, yang pasti
hari esok tetap datang. Sesungguhnya esok itu sangat dekat!
Firman Allah dalam surah Al-Hasyr ayat 18;
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Mungkin ada yang beranggapan Islam menyarankan umatnya
memperhatikan perkara yang telah dilakukan masa lampau sahaja. Namun sebenarnya
Islam juga mahukan umatnya lebih memberi tumpuan bagi melengkapkan diri menuju
kecemerlanagn hari muka. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya setiap hamba berada di antara dua perkara yang ditakuti. Di antara ajal yang telah pergi; tiada sesiapa pun yang mengetahui apa yang Allah lakukan pada ajal itu. Ajal yang masih ada; juga tiada sesiapa yang tahu apakah Allah akan menghukumnya nanti? Maka setiap hamba mestilah mengambil perhatian tentang diri masing-masing. Perhatikan di dunia untuk akhiratnya. Dan di waktu muda sebelum tua. Maka demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, selepas mati tiada ratapan lagi. Selepas dunia ini, tidak ada tempat lagi selain dari syurga atau neraka!”

Putera-Puteri Harapan!
Dengan memerhatikan maksud hadis tersebut, tidaklah bererti setiap Muslim hanya mementingkan masa hadapan di akhirat sahaja. Malahan Islam juga mengajar umatnya merancang dan menyediakan diri menghadapi hari muka di dunia. Rasulullah sendiri sebagai contoh bagi kita semua, telah merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan syiar Islam berkembang ke serata pelusuk dunia. Baginda juga dengan panduan wahyu Allah telah merancang dan melaksanakan hijrah bagi membentuk masyarakat dan negara Islam.

Di samping itu baginda juga tidak mengabaikan keperluan lain
dalam kehidupan dunia. Pernah baginda menyimpan bekalan makanan mencukupi untuk
jangka masa setahun. Di samping itu, kita juga tidak wajar mempersia-siakan
keluangan dan kesempatan masa. Setiap detik masa sehingga datangnya ajal mesti
dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Sabda Rasulullah,
“Jika pun berlaku kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya.”
Dalam merenungi hadis tersebut, dapatlah diumpamakan seorang tua yang menanam benih sepohon pokok buah-buahan….
Orang muda: Mengapa tuan hamba menanam pokok buah ini, sedangkan umurmu sudah hampir ke pintu kubur!
Orang tua: Orang dahulu pun menanam pokok untuk kita orang yang kemudian memakannya.

Tetapi bagaimana yang dimaksudkan dalam hadis tersebut
tentang masa akan kiamat? Masihkah ada masa untuk bercucuk tanam?
Anak-anakku,
Hadis tersebut menjelaskan hakikat berusaha dan bekerja. Selagi ada hayat, jangan membuang masa dan berpeluk tubuh sahaja. Meskipun di saat ditiup sangkakala, di saat semua manusia akan hancur, tidak sepatutnya kita menyenangi pengangguran!

Renungi dengan mendalam bait-bait syair berikut, agar kalian
bangun dari kelekaan!
Masa pasti menyusur pergi,
Masa dahulu menjadi saksi,
Sehari yang berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi.
Masa dahulu menjadi saksi,
Sehari yang berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi.
Jika semalam kau kesali,
Kerana hina diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agar menjadi orang terpuji.
Kerana hina diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agar menjadi orang terpuji.
Usah ditangguh amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin masa menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali!
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin masa menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali!
Begitulah Putera-Puteri Islam yang gigih!
Marilah kita jadikan setiap detik masa mencukupi untuk meningkatkan kualiti ketaqwaan.
Amalan kita semakin baik dan dapat dicontohi masyarakat sekitar. Kesabaran dan akhlak mulia kita terserlah dan mampu dicontohi oleh remaja lain. Panjang pendek umur kita sepatutnya menepati maksud sabda Rasulullah;
“Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur panjang dan buruk amalannya.” (HR Ahmad)

1 ulasan:
nak cari buku ni
28 Mac 2015 pada 3:40 PGfeel free to visit and follow superbchombi.blogspot.com
Catat Ulasan