UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

KOREKSI DIRI

Pemuda-pemudi Islam yang dikasihi kerana Allah!


Sentiasalah memperkemas iman dan taqwa supaya rasa malu dan takut dapat mengawal jiwa. Serentak qalbu bersih daripada sebarang keingkaran. Qalbu yang suci bersih akan sentiasa merasa malu untuk bertindak di luar batasan Islam. Sama ada terang-terangan maupun tersembunyi. Malu terhadap Allah mengatasi malu kepada manusia. Dengan itu akan mudah memelihara diri daripada desakan nafsu dan bisikan syaitan.

Ulamak Fathi Yakan dalam menghuraikan tatacara memelihara diri dari godaan syaitan dan nafsu, menggariskan 10 dasar muhasabah harian:

· Qiyamullail – membina kekuatan luar biasa.

· Solat subuh berjemaah – beroleh jaminan perlindungan dari Allah.

· Tadabbur dan berwirid dengan al-quran hingga berlinang air mata.

· Pastikan sumber makanan dan rezeki yang diperoleh dari sumber yang jelas dan halal. Tujuan makan dan minum untuk mendapat tenaga beribadah.

· Bersihkan diri dari sifat malas, Islam tidak suka pengangguran. Bersihkan rezeki yang diperoleh dengan infaq dan sedekah.

· Sewaktu berada di khalayak, kawallah pandangan supaya tidak tergoda atau menggoda. Juga tidak terdorong kepada perkara syubhah.

· Setiap tingkah-laku mesti dikuasai akhlak Islam. Sebaiknya menjadi contoh yang membawa kebaikan kepada manusia lain.

· Setiap saat dan sepanjang hayat digunakan untuk menuntut dan menambah ilmu bermanfaat.

· Bulatkan tekad untuk sentiasa menjalani kehidupan Islam serta sentiasa mengutamakan kepentingan Islam.

· Ingati juga hak jasad: kesihatan dan ketangkasan fizikal mesti dijaga. Makan dan minum secara sederhana, juga elakkan dari aktiviti dan kerja yang terlalu meletihkan.

Begitulah anak-anakku,
Hakikatnya, muhasabah diri mesti berlangsung setiap saat dalam denyutan nadi kita. Tidak hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dengannya jiwa kita bebas dari belenggu yang mematikan semangat dan merosakkan qalbu. Nantinya jelas terpancar dalam raut wajah dan tindakan tanda-tanda hati suci bersih.


0 ulasan: