Salam ukhwah dan mahabbah diiringi rahmat ilahi,
Wahai setiap diri yang dikasihi dan dirindui kerana Allah,
Suasana Ramadhan sangat tenang, juga sangat sesuai untuk merenung dan berfikir...
Menyingkap kisah dan tauladan.
Ini lazimnya akan membuat kita berfikir, membaca, mendengar mahupun melihat jenaka lucu yang membuat kita terhibur, jenaka ataupun gurauan memadai sesekali untuk menghilangkan kebosanan. Isi gurauan yang dibolehkan cara hidup Islam pun sepatutnya mengandungi kebenaran. Juga mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendengarnya. Islam tidak mnggalakkan gurauan yang berunsur pembohongan dan perbuatan dusta, kerana ia seumpama penganiayaan.
Selaku anak muda, kita cenderung kepada hidup disulami keriangan dan jenaka yang menghiburkan. Terlalu serius dan berat berfikir akan membuat jiwa kita kaku dan akal buntu. Hidup orang muda jadi indah apabila diisi dengan suasana riang dan ceria. Kalaupun perlu memberi teguran, sebaiknya dalam irama gembira dan terbukti benarnya!
Menyingkap sepotong dari kisah hidup Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman mungkin dapat menjelaskan pada hakikat suatu gurauan itu. Di zaman Nabi Sulaiman, raja yang berpengaruh dan berkuasa diukur berdasarkan keluasan jajahan takluk dan kekuatan angkatan tentera. Sebagai nabi dan raja Bani Israil, Nabi Sulaiman telah Allah kurniakan mukjizat yang sesuai dan tepat pada masa itu. Baginda dapat melihat khazanah di dasar laut termasuk intan, mutiara dan permata berharga.
Malah, semua golongan jin dapat diarah dan diperintahkan oleh Nabi Sulaiman menjadi pekerjanya. Apa jua kekayaan dan perhiasan dapat digali. Dibina istana dan gedung dengan menggunakan kekuatan daripada kalangan jin. Nabi Sulaiman dapat menguasai angin yang dapat menguasai angin yang dapat memudahkannya pergi ke merata ceruk jajahan pemerintahannya. Semua binatang, kecil mahupun besar, termasuk semut tertakluk dalam pemerintahannya. Ini juga bermakna, baginda boleh memahami bahasa semua binatang.
Meskipun nampak begitu hebat kuasa pemerintahan yang Allah anugerahkan kepadanya, baginda tetap berada dalam ketaqwaan yang tinggi. Tugasnya ialah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah. Hati baginda sentiasa khusyuk dan tawaduk demi mengagungkan kuasa Allah. "Semua ini adalah kurniaan Allah untuk mengujiku, apakah aku dapat bersyukur atau aku kufur," kata Nabi Sulaiman.
Suatu hari burung Hud-hud yang diperintahkan Nabi Sulaiman untuk mencari kawasan yang mudah untuk memperoleh air kembali kepada baginda dengan membawa laporan luar biasa...
Burung Hud-hud: Di sana, ada satu negeri bernama Saba' yang jauh dari negeri Tuanku ini dan tanpa tuanku ketahui ada sebuah kerajaan. Istananya besar, rakyatnya juga besar dan gagah. Tetapi yang memerintah mereka adalah seorang ratu dan mereka menyembah matahari.
Nabi Sulaiman: Benarkah kata-kata mu ini? Aku akan selidiki hal sebenar. Ambil surat ini dan sampaikan kepada ratu yang memerintah negeri Saba' itu.
Burung Hud-hud segera melaksanakan perintah Nabi Sulaiman. Ia terbang menuju ke istana Ratu Balqis. Menyusup masuk ke jendela bilik ratu itu dan menggugurkan surat tersebut tepat di hadapan Ratu Balqis. Dalam keadaan agak terkejut ratu itu mengambil dan terus membaca surat dari Nabi Sulaiman yang berbunyi, "Surat ini dari Nabi Sulaiman. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Janganlah kamu meninggikan diri terhadapku dan dan hendaklah kamu datang kepadaku dengan menganut agama Allah."
Sebaik selesai membaca surat tersebut, Ratu Balqis mengumpulkan menteri dan pembesarnya bagi mencari jalan cara menjawab surat dan permintaan Nabi Sulaiman. Setelah semua sepakat, Ratu Balqis menghantar wakilnya untuk berunding dan memberi hadiah kepada Nabi Sulaiman. Disertakan juga surat balasan kepada permintaan Nabi Sulaiman. Burung Hud-hud segera pulang membawa perkhabaran itu.
Di pihak Nabi Sulaiman, baginda membuat persiapan yang difikirkan sesuai untuk menyambut wakil dari Ratu Balqis. Diperintahkan semua jin membina istan daripada segala jenis perhiasan dan permata perut bumi dan dasar lautan. Dalam waktu yang singkat sebuah istana paling indah dan besar yang belum pernah wujud di muka bumi ini berjaya dibina. Ini sebagai bukti kebesaran kerajaan yang telah Allah kurniakan kepada Nabi Sulaiman. Supaya di pihak Ratu Balqis mengerti mengapa memerintahkan mereka tunduk kepada agama Allah. Nabi Sulaiman tidak bertujuan menonjolkan kehebatannya, tetapi hanyalah semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah swt.
Rombongan wakil Ratu Balqis yang dinanti-nanti pun tiba. Disambut dengan begitu meriah sekali. Mereka kagum dengan kebesaran dan kekayaan kerajaan Nabi Sulaiman. Kiriman dari Ratu Balqis yang mereka bawa amat kecil berbanding segala yang dimiliki Nabi Sulaiman.
"Maafkan aku, aku tidak berhajat kepada hadiah yang diberi oleh Ratu Balqis. Segalanya yang berupa kerajaan dan kekayaan yang Allah anugerahkan kepadaku sudah mencukupi. Aku harap kamu semua akan patuh dan menyembah Allah. Seandainya kamu enggan, aku akan menghantar bala tentera memerangi kamu semua," Nabi Sulaiman menegaskan hasrat yang dikehendakinya daripada Ratu Balqis.
Setelah pulang menghadap Ratu Balqis, wakil yang pergi menceritakan kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman dan perintah supaya mereka beriman. Setelah berfikir, dengan tenang Ratu Balqis menjawab, "Tidak ada daya dan usaha lain, kecuali kita tunduk mengikut ajaran Nabi Sulaiman." Ratu Balqis turut membuat keputusan yang dia sendiri akan pergi menghadap Nabi Sulaiman untuk menyatakan persetujuannya.
Sebaik sahaja mendapat tahu Ratu Balqis akan datang, Nabi Sulaiman membuat persiapan yang akan mengejutkan sang ratu. Baginda memerintahkan Jin membawa istana Ratu Balqis ke hadapannya. Untuk menyambut Ratu Balqis, baginda membina sebuah mahligai indah daripada kaca.
Apabila Ratu Balqis sampai, Nabi Sulaiman menunjukkan istana yang berada di hadapan mereka. "Adakah ini istanamu?"
Dengan sangat terperanjat Ratu Balqis menjawab, "Ya, benar!"
Kemudian Nabi Sulaiman mengajak Ratu Balqis memasuki mahligai kaca yang dibina khas untuknya. Ratu Balqis menyangka ada air di atas lantai mahligai berkenaan lantas menyingsing kainnya. Alangkah malunya dia! Sangkaannya jelas meleset, bukannya air tetapi kaca. Adakah ini satu gurauan untuk memperkecilkan Ratu Balqis? atau untuk menonjolkan kehebatan Nabi Sulaiman? Tidak! Semua ini satu teguran dan peringatan supaya Ratu Balqis menyedari satu hakikat sesungguhnya kekuasaan Allah Maha Besar dan Maha Luas.
Semua yang berlaku dan yang dilihatnya telah membuat Ratu Balqis insaf, "Ya Allah, sudah lama aku tersesat. Tidak mengenali-Mu dan tidak menyembah-Mu. Kerana tamak harta dunia, aku menyangka kebahagiaan terletak pada kekayaan. Ampunilah aku, Ya Allah! Aku bertaubat dan menerima agama yang dibawa Nabi Sulaiman. Engkaulah Ya Allah yang memberi ampun dan menerima taubat."
Begitulah hakikat dan kesan yang berlaku dari satu gurauan yang bersifat teguran. Disebabkan dasarnya adalah berlandaskan kebenaran, hasilnya akan memberikan manfaat. Setelah memahami, sepatutnya setiap gurauan kita mampu menjurus kepada kesedaran di dalam hati rakan-rakan. Bukannya sesuatu yang sia-sia ataupun menyakitkan hati!
6 ulasan:
sulaiman yang penuh dengan kekuasaan pun masih tunduk kepada DIA.kita?
24 Ogos 2009 pada 9:23 PTGSalam ramadhan +akufobia+,
24 Ogos 2009 pada 10:18 PTGSungguh gitulah sepatutnya...
Betapa pun kuasa upaya yg Allah bri pd hamba, adalah utk hamba mrasa prlu tunduk pdNya. Juga mngajak orang lain tunduk kpd Allah. Bukan tunduk kpd kita. Moga anakda sentiasa soleh lagi musleh. Baik dan membawa org lain jadi baik.
salam ramadhan,
28 Ogos 2009 pada 7:18 PGummu anas yg dikasihi..
ana ingin bertanyakan ttg
berjenaka dgn kwn2 dalam ertikata
untuk berdakwah..
kdg2 kite rase takut bile
kite berlawak dgn tujuan utk
mengajak kpd islam, mereka akan
rase direndahkan atau sukar
terima...
tp sahabat pernah kata..
dalam jalan DnT ni kdg2
Allah hanya uji kite dgn perasaan je, kita dah mule rase lemah seperti perasaan takut org xterima,
takut org berasa hati dll...belum
lagi diuji dgn ujian2 yg beasar2..
so, ana minta pandangan ummu anas
semoga dapat dikongsikan..
jazakillah
Wkmsalam anakda Adkarika, moga Ramadhan kali ini trisi taqwa yg mantap.
28 Ogos 2009 pada 11:29 PGDlm dnt, mg prlu sikit gurauan utk lunak hati n jalin kmesraan. Prlu lihat zuruf al-munasabah juga watak diri yg kita dekati. Ada yg lasak, ada yg lembut,malah ada yg snsitif. ikut ksediaannya...jika brlawann dgn watak kita, stiap kali ikhlas brgurau, tapi kita xpasti/khuatir nyinggung hati...,dahului minta maaf. britau niat/maksud sbenar kita. Dlm gurau pun prlu dari hati ke hati. Jgn trpedaya rasa d mulut. Hal ini mg rumit, prlu hati2. tapi xleh diabaikan.
Cuba sikit2 dulu, moga Allah mudahkn usha anakanda.
Maaf jika tidak ksampaian.
wassalam.
salam...
28 Ogos 2009 pada 6:36 PTGAlhamdulillah..
jazakillah ummu anas,
ia sedikit sebanyak membantu
kefahaman ana,
insyaAllah ana akan cube usaha
untuk meneruskan dakwah kampus,
semoga dengan usaha yg kecil ni
Allah tetapkan ana dlm jalan DnT.
InsyaAllah.
Jazakillah kathiran(",)
Assalammualaikum anakda adkarika n smua barisn remaja yg dkasihi lillah wafillah.
30 Ogos 2009 pada 12:07 PTGSetiap usha mengajak rakan remaja utk menetapi kebenaran adalah usha besar, kesudahannya kebahagiaan di dunia n di akhirat. Jadi ianya usha besar! projek mega n big effort. Mesti , mesti gigih...jgn alang2 usha. Lakukan sepanjang hayat!
Moga sentiasa Allah mudahkan...
Catat Ulasan