Telah dimaklumi bahawa solat fardhu lima waktu sehari
semalam adalah tiang agama Islam. Setiap muslim yang mendirikannya bermakna dia
telah mendirikan agama dan barangsiapa yang meninggalkannya bererti meruntuhkan
agamanya. Solat juga merupakan amalan paling afdal dan paling agung menepati
sabda Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud,
“Aku bertanya kepada Rasulullah ; Apakah amalan paling afdal/utama? Baginda menjawab; Solat (sembahyang) pada waktunya”.
“Aku bertanya kepada Rasulullah ; Apakah amalan paling afdal/utama? Baginda menjawab; Solat (sembahyang) pada waktunya”.
Dengan mengerjakan solat tepat pada waktu yang ditentukan
akan meletakan diri setiap muslim sentiasa berhubung terus kepada Allah. Juga
sentiasa di dalam rahmat dan keredhaan Allah kerana dengan bersolat seseorang
hamba diampuni dosa dan kesalahannya. Perhatikan dengan teliti maksud sabda
Rasulullah,
“Apakah pandangan kamu, sekiranya ada sebuah sungai di hadapan rumah salah seorang kamu, lalu dia mandi di dalamnya setiap harisebanyak lima kali, apakah masih lekat sebarang kotoran pada tubuhnya?.
“Apakah pandangan kamu, sekiranya ada sebuah sungai di hadapan rumah salah seorang kamu, lalu dia mandi di dalamnya setiap harisebanyak lima kali, apakah masih lekat sebarang kotoran pada tubuhnya?.
Para sahabat menjawab;
Tidak akan ada lagi sebarang kotoran.
Kata baginda lagi; Begitulah perumpamaan
bagi solat lima waktu, Allah menghapuskan segala kesalahan hamba-Nya”. (HR Abu
Hurairah)
Daripada Uthman bin Affan r.a katanya; “Aku telah mendengar
Rasulullah bersabda; Tidak ada seorang muslim yang menunaikan solat
fardhu, lalu dia memperelokkan wuduknya, khusyuknya dan ruku’nya melainkan ia
menjadi kafarah(penghapus dosa) bagi dosanya sebelum itu selagi mana dia tidak
melakukan dosa besar dan ini adalah untuk selama-lamanya”.
Pada hakikatnya dalam setiap ibadah yang diperintahkan ke atas setiap muslim, terkandung banyak keistimewaan yang dapat dijadikan bekalan mengatasi berbagai rintangan hidup.Di dalam ibadah solat itu sendiri terkandung hikmah yang perlu kita teliti satu persatu, antaranya:
1. Solat umpama jambatan hati yang menghubungkan kita dengan
Allah. Kita menghampirkan diri dengan Allah dalam solat dengan harapan memohon
hidayah peningkatan iman.Dalam solat kita dapat meluahkan segala penanggungan
dan dapat pula bermunajat. Dengan itu hilanglah segala kerunsingan.
2. Solat menjadi sumber yang mampu mengalirkan tenaga yang
sentiasa baru ke dalam jiwa. Pembahagian lima waktu solat fardhu membolehkan
kita terus menerus beroleh bekalan baru pada setiap suasana; aman damai, sibuk,
sihat maupun sakit. Di mana jua kita berada meskipun dalam perjalanan dan
bermusafir.
3. Apabila kita mulai berdiri untuk menunaikan solat dengan
khusyuk dan rendah diri kepada Allah, jasad dan akal kita mendapat kerehatan
dan bebas dari kesibukan dunia. Jiwa kita pula bertambah tenang setiap kali
membaca ayat-ayat Allah dalam setiap rakaat solat. Hati juga menjadi tenteram
setelah memohon ampun dari Allah di hujung solat.
4. Setiap muslim yang menunaikan solat dengan hati yang
bersih dan ikhlas semata-mata kerana Allah, akan dilimpahi nur, hidayah,
sakinah dan rahmat serta kesejahteraan. Hati menjadi tabah dan teguh menghadapi
sebarang cabaran hidup. Solatnya menjadi perisai menghadapi fitnah,
kemungkaran, hasutan syaitan juga desakan nafsu. Dia sentiasa merasai Allah
bersama-samanya di mana jua berada.
5. Setiap kali kita ruku’ dan sujud di dalam solat, kita
berada pada situasi mengagungkan serta memuliakan Allah. Setiap mukmin hanya
tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah. Sentiasa pasrah kepada Allah dan tidak
takut kepada sesiapa pun. Sewaktu sujud, hamba berada paling hampir dengan
Tuhannya dan merasai suasana penuh kemesraan.
6. Apabila duduk tasyahhud, kita bersimpuh penuh pasrah.
Kemudiannya kita berdoa memohon diperkenankan Allah segala permintaan kita.
Selesai solat kita keluar menghadapi urusan hidup dengan jiwa yang tenang dan
tenteram. Juga jasad yang sihat dan segar.
7. Dengan terus menerus mendirikan solat kita merasa baru
saja berbicara dan berdiri di hadapan Allah, dan akan menghadapNya lagi di
waktu solat berikutnya. Dengan sentiasa memelihara solat tepat pada waktunya,
kita juga sentiasa bernaung di bawah peliharaan Allah. Hampir dengan Allah dan
terpelihara dari gangguan syaitan. Keadaan sedemikian memberi dorongan yang
kuat untuk kita sentiasa tunduk dan patuh serta bertawakkal kepada Allah.
Sebahagian daripada bekalan yang terkandung di dalam solat lima waktu yang sangat kita hajatkan untuk menyucikan jiwa, menepis tarikan duniawi dan menghindari segala penyelewengan.
Rasulullah sendiri tatkala menghadapi sesuatu masalah,
baginda terus menunaikan solat sunat. Dengan cara itu baginda memperoleh
kedamaian,ketenangan dan penyelesaian. Baginda juga sangat menggalakkan umatnya
supaya sentiasa melakukan qiyamullail (ibadah malam) dengan melakukan
solat-solat sunat. Juga menjadi kebiasaan baginda memanjangkan waktu sujudnya
di dalam solat tahajjud.
Sabda Rasulullah, “Seorang hamba itu akan lebih
hampirkepada Tuhannya di kala dia sujud”.
Di sinilah letaknya kedudukan paling tinggi seorang hamba Allah; apabila dia benar-benar hampir dengan Tuhannya. Akan dirasai perhambaan hakiki dengan merendahkan diri semata-mata kerana Allah.
Di sinilah letaknya kedudukan paling tinggi seorang hamba Allah; apabila dia benar-benar hampir dengan Tuhannya. Akan dirasai perhambaan hakiki dengan merendahkan diri semata-mata kerana Allah.
Mari kita perhatikanlah dengan baik pesanan Rasulullah,
“Tunaikanlah sembahyang dua rakaat dalam kegelapan malam, demi menghadapi kesunyian kubur”.
Berkaitan dengan pesanan ini Rasulullah juga bersabda,
“Orang yang mencerahkan malamnya dengan ibadah dan patuh kepada Allah, nescaya Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaan”.
“Orang yang mencerahkan malamnya dengan ibadah dan patuh kepada Allah, nescaya Allah akan menerangkan kuburnya dengan rahmat dan kurniaan”.
Rasulullah juga turut menjelaskan hubungan kubur dengan manusia,
“Kubur adalah anak tangga pertama ke akhirat. Jika seseorang boleh selamat dari siksanya, maka peringkat selepas itu akan lebih mudah. Tetapi kalau dia tidak selamat, maka apa yang akan dihadapinya selepas itu lebih payah”.
“Kubur adalah anak tangga pertama ke akhirat. Jika seseorang boleh selamat dari siksanya, maka peringkat selepas itu akan lebih mudah. Tetapi kalau dia tidak selamat, maka apa yang akan dihadapinya selepas itu lebih payah”.
Sama-samalah kita teguhkanlah keyakinan dan kesungguhan kalian menghimpun bekalan yang banyak yang terkandung dalam ibadah solat; merangkumi yang wajib dan sunat. Perkemaskan perlaksanaan solat-solatmu untuk menambahbaik bekalan serta ganjaran yang Allah sediakan. Perbanyakkan solat-solat sunat, terutama diwaktu tengah malam. Supaya dengannya kita mampu meraih ganjaran yang dapat melepaskan kita dari siksaan kubur yang sangat gelap lagi sepi.
Untuk hari-hari yang sedang kita hadapi, bekalan solat itu
hendaklah kita gunakan sebaik-baiknya dalam rangka mentaati titah perintah
Allah serta menjauhi segala laranganNya. Kita benar-benar mengharapkan kejayaan
di dunia serta kejayaan di akhirat. Justru itu kita mestilah sentiasa saling
memperingati kepada kebenaran dengan kesabaran. Juga semoga hakikat dan fungsi
bekalan yang kita himpun benar-benar terlaksana dalam praktik hidup sepertimana
maksud firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan
solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.
(Q.S.Al-Baqarah:153)
0 ulasan:
Catat Ulasan