ISTIKHARAH CINTA
ANAK-ANAKKU BERJUANGLAH
Alhamdulillah buku kedua UMMU ANAS (Anak-Anakku Berjuanglah) telah diterbitkan. Ini adalah kesinambungan dari buku Anak-Anakku Bangunlah.
Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi UMMU ANAS di email (bintul.eslah@gmail.com)
Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi UMMU ANAS di email (bintul.eslah@gmail.com)
ANAK-ANAKKU BANGUNLAH
Pembaca
MENSYUKURI NIKMAT,
MENYUBUR CINTA ILAHI
Puteri-puteriku yang dikasihi kerana Allah!
Setiap kali seseorang memberikan suatu barang kepada kita,
begitu mudah kita lafazkan ucapan terima kasih. Apatah lagi jika yang diberikan kepada kita sesuatu yang kita sukai
atau sangat diperlukan, bertalu-talu
kita luahkan penghargaan. Tetapi, sedarkah kita… Allah Yang Maha Pencipta, yang
mengatur dan mentadbir seluruh alam ini dengan menyediakan berbagai nikmat yang
tidak terhitung, sangat sedikit ungkapan pujian yang kita curahkan. Sewaktu
terlalai…, tergamak kita merasakan nikmat-nikmat tersebut kita perolehi hasil
keupayaan ilmu kita sendiri. Astaghfirullah!... Kini sudah tiba masanya kita
membina kesedaran berterusan sepanjang hayat semoga kita sentiasa bergerak di
landasan kebenaran yang akan membawa kita sampai kepada matlamat keredhaan
Allah. Semasa di dunia maupun di akhirat kelak.
Puteri-puteri Islam sejati!
Peruntukkan sedikit waktu untuk merenung dan berfikir…,
1. Tentang nikmat Allah kepada seluruh makhluk.
“Dan Dia
telahmemberikan kepadamu keperluanmu dari segala apa yang kamumohonkan
kepadaNya. Dan jika kamu menghitungnikmat Allah,tidaklah dapat
kamumenghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari
nikmat Allah”.(QS Ibrahim:34)
Antara nikmat-nikmat Allah yang mesti sentiasa diberi
perhatian:
* Nikmat sebagai makhluk. (Q.S. 76:1-3)
* Nikmat sebagai manusia. (Q.S.95:4)
* Nikmat sebagai khalifah (Q.S.2:30)
* Nikmat sebagai
Muslim (Q.S.5:3) dan nikmat Mukmin (Q.S. 48:18)
Kedua-dua nikmat ini
merupakan nikmat terbesar antara seluruh nikmat-nikmat Allah.
2. Mengapa Islam dan Iman menjadi nikmat terbesar ?
Hayati maksud Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3:
“Pada hari ini telah
Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan Aku redha
Islam sebagai agamamu”.
Dengan Islam kita beroleh kebahagian, ketenangan dan
ketenteraman. Melalui deen Islam kita beroleh pedoman hidup yang sempurna.
Tanpa Islam segala-galanya tidak beerti, malahan bencana akan menimpa diri,
anak-anak juga harta benda. Hidup manusia yang tidak beroleh petunjuk Islam
sentiasa meraba-raba dalam kegelapan dan kekeliruan .
Manakala dengan Iman pula, kita dianugerahkan taufiq dan hidayah
ke jalan ketaatan. Di samping itu kita sentiasa terpelihara dari sebarang
kesesatan dan maksiat. Juga dilindungi Allah daripada halangan serta gangguan
manusia, jin dan juga syaitan.
Oleh itu sentiasalah bersungguh-sungguh mentaati perintah
Allah dan menjauhi perbuatan keji. Di samping mengerjakan amal soleh supaya
menepati ciri-ciri muslim yang teguh iman.
3. Mengapa kita perlu bersyukur?
*Supaya berkekalan nikmat yang
Allah kurniakan. Jika tidak disyukuri nikmat itu akan hilang.
*Supaya nikmat yang kita perolehi
akan bertambah.
Sesungguhnya dengan bersyukur, kenikmatan akan kekal dan
tetap menjadi milik kita. Sebaliknya apabila tidak disyukuri, nikmat akan
hilang dan berpindah tempat. Dengan sentiasa bersyukur, nikmat akan bertambah
kerana syukur merupakan pengikat nikmat.
4. Bagaimana membina rasa syukur dalam diri?
Pada hakikatnya bersyukur adalah menjaga diri dari perbuatan
maksiat, zahir maupun batin. Secara
sembunyi maupun secara terang-terangan. Syukur itu berhubung dengan hati, lidah
dan anggota badan.
- Dengan
hati ; berbuat baik kepada semua makhluk.
- Dengan
lidah; melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian.
Sabda Rasulullah s.a.w kepada seorang lelaki; “Bagaimana engkau pagi
ini?”
Lelaki itu menjawab; “”Aku baik-baik saja”. Lalu Rasulullah mengulangi
pertanyaan itu sehingga tiga kali, hingga lelaki itu menjawab; “Baik-baik saja.
Aku panjatkan puji dan syukur kepada Allah”. Lalu Rasulullah berkata: “Inilah
jawapan yang aku maksudkan dari kamu”.
- Dengan
anggota badan ; menggunakan nikmaat untuk taat kepada Allah.
- Dengan
mata ; menutupi cela orang Muslim lain yang terlihat oleh mata.
- Dengan
telinga ; menjauhi dari mendengar perkara buruk.
Juga dengan lain perkataan, antara tanda terbina rasa syukur
ialah ketaatan dan kepatuhan melaksanakan perintah serta menjauhi larangan Yang
Maha Berkuasa.
5. Perhatikan juga kesan/hasil yang diperolehi dari mensyukuri
nikmat-nikmat Allah.
Setiap usaha dan pemerhatian kita terhadap nikmat-nimat
Allah tidak akan sia-sia, ianya akan menimbulkan kesan mendalam kepada watak,
tingkah laku dan jiwa kita.
Antara kesannya;
- Hati
dan jiwa kita menjadi lembut dan mudah merasai dhaifnya diri di hadapan
Allah juga mudah meletakkan pergantungan kepada Allah.
- Menyedari
Islam sebagai nikmat terbesar yang disertai ukhwah Islamiah, akan dapat menghindarkan hasad dengki dan permusuhan. Dengan itu
hidup sesama umat Islam berlangsung dalam suasana harmoni.
- Menyedari
diri kita dipenuhi segala macam nikmat dan kurnia Allah, segenap anggota
badan mudah terdorong melakukan ketaatan di samping menjauhi maksiat.
Puteri-puteriku yang sentiasa gigih mengumpul kekuatan,
Dengan menyedari pentingnya hakikat mensyukuri nikmat
tersebut, akan memperdalamkan lagi makrifatullah kita terhadap Yang Maha
Pencipta. Tersingkap rahsia belas ikhsan serta melimpah ruahnya nikmat Allah kepada
seluruh hamba-hambaNya. Maka akan terserlahlah betapa besarnya hajat kita
kepada Allah setelah menyedari fakirnya diri kita. Dengan ini akan bertambah
subur cinta Ilahi yang berputik di hati.
Inilah juga bekalan yang dapat mendorong kita mengagungkan Allah.
MengkagumiNya, menyembahNya dan mentaati titah perintahNya serta bersyukur
kepadaNya. Hasilnya kita akan beribadah bersungguh-sungguh dan dengan
sebaik-baiknya demi memperolehi
keredhaanNya. Inilah bekalan yang kita hajati sepanjang perjalannan hidup yang
bermatlamatkan kejayaan hakiki dan kebahgiaan
akhirat.
Wassalam.
Ummu Anas
Ibu yang sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian.
Langgan:
Catatan (Atom)