ISTIKHARAH CINTA
ANAK-ANAKKU BERJUANGLAH
Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi UMMU ANAS di email (bintul.eslah@gmail.com)
ANAK-ANAKKU BANGUNLAH
Pembaca
- Dengan
hati ; berbuat baik kepada semua makhluk.
- Dengan
lidah; melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian.
- Dengan
anggota badan ; menggunakan nikmaat untuk taat kepada Allah.
- Dengan
mata ; menutupi cela orang Muslim lain yang terlihat oleh mata.
- Dengan
telinga ; menjauhi dari mendengar perkara buruk.
- Hati
dan jiwa kita menjadi lembut dan mudah merasai dhaifnya diri di hadapan
Allah juga mudah meletakkan pergantungan kepada Allah.
- Menyedari
Islam sebagai nikmat terbesar yang disertai ukhwah Islamiah, akan dapat menghindarkan hasad dengki dan permusuhan. Dengan itu
hidup sesama umat Islam berlangsung dalam suasana harmoni.
- Menyedari
diri kita dipenuhi segala macam nikmat dan kurnia Allah, segenap anggota
badan mudah terdorong melakukan ketaatan di samping menjauhi maksiat.
- menuju jalan kebaikan
- menuju jalan kejahatan.
- sentiasa berdoa serta bermunajat kepada Allah dengan
kerendahan hati dan suara perlahan.
- sentiasa merenungi ayat-ayat al-quran, supaya hati
menjadi lembut dan patuh.
- sentiasa menjaga solat-solat fardhu sedapatnya
dilakukan berjemaah.
- sentiasa memperbanyakkan ibadah sunat dan melakukan
solat sunat rawatib.
- sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh dan
berakhlak mulia.
- sentiasa mengingati Allah SWT dengan zikrullah.
- kuat berpegang kepada cara hidup Islam. Sentiasa
menyampaikan kebenaran dalam apa jua suasana.
- hati yang takutkan kemurkaan Allah akan menjauhi
laranganNya serta menghindari perkara sia-sia.
- bersih dari hasad dengki, marah dan menipu.
- tenang dan lapang hati berada di atas sistem Allah.
Salam sejahtera serta keberkatan yang berterusan untuk kalian yang ibu kasihi dengan kasih-sayang Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari esok (akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
“Sesungguhnya setiap hamba berada di antara dua perkara yang ditakuti. Di antara ajal yang telah pergi; tiada sesiapa pun yang mengetahui apa yang Allah lakukan pada ajal itu. Ajal yang masih ada; juga tiada sesiapa yang tahu apakah Allah akan menghukumnya nanti? Maka setiap hamba mestilah mengambil perhatian tentang diri masing-masing. Perhatikan di dunia untuk akhiratnya. Dan di waktu muda sebelum tua. Maka demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya, selepas mati tiada ratapan lagi. Selepas dunia ini, tidak ada tempat lagi selain dari syurga atau neraka!”
Dengan memerhatikan maksud hadis tersebut, tidaklah bererti setiap Muslim hanya mementingkan masa hadapan di akhirat sahaja. Malahan Islam juga mengajar umatnya merancang dan menyediakan diri menghadapi hari muka di dunia. Rasulullah sendiri sebagai contoh bagi kita semua, telah merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan syiar Islam berkembang ke serata pelusuk dunia. Baginda juga dengan panduan wahyu Allah telah merancang dan melaksanakan hijrah bagi membentuk masyarakat dan negara Islam.
“Jika pun berlaku kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya.”
Dalam merenungi hadis tersebut, dapatlah diumpamakan seorang tua yang menanam benih sepohon pokok buah-buahan….
Orang muda: Mengapa tuan hamba menanam pokok buah ini, sedangkan umurmu sudah hampir ke pintu kubur!
Orang tua: Orang dahulu pun menanam pokok untuk kita orang yang kemudian memakannya.
Hadis tersebut menjelaskan hakikat berusaha dan bekerja. Selagi ada hayat, jangan membuang masa dan berpeluk tubuh sahaja. Meskipun di saat ditiup sangkakala, di saat semua manusia akan hancur, tidak sepatutnya kita menyenangi pengangguran!
Masa dahulu menjadi saksi,
Sehari yang berlalu pergi,
Ke atas kamu dia menyaksi.
Kerana hina diri sendiri,
Hari ini berbuatlah bakti,
Agar menjadi orang terpuji.
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin masa menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali!
Marilah kita jadikan setiap detik masa mencukupi untuk meningkatkan kualiti ketaqwaan.
Amalan kita semakin baik dan dapat dicontohi masyarakat sekitar. Kesabaran dan akhlak mulia kita terserlah dan mampu dicontohi oleh remaja lain. Panjang pendek umur kita sepatutnya menepati maksud sabda Rasulullah;
“Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan baik amalannya. Dan seburuk-buruk manusia adalah orang yang diberi umur panjang dan buruk amalannya.” (HR Ahmad)
Putera-puteri Islam Harapan!
Ramadhan yang penuh barakah akan disusuli pula oleh Syawal yang dipenuhi keampunan serta keredhaan Allah. Tanggal 1 Syawal dinamakan Id (Hari Raya). Kerana pada hari itu kaum Mukminin telah selesai menunaikan kewajipan berpuasa Ramadhan kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Syariat Islam menetapkan supaya bergembira menyambut kemenangan selesai berpuasa itu.
Sewajarnya wanita Islam yang bijaksana mampu mengatur langkah seimbang dalam menyempurnakan ibadah puasa Ramadhan dan merebut ganjaran keredhaan Allah dalam kegembiraan Syawal. Agar nanti bukan sahaja pakaian taqwa di bulan Ramadhan yang selesai dijahit, malahan permaidani keredhaan juga dapat dihamparkan di Syawal yang barakah. Juga semestinya wanita Islam yang sedar terhadap petunjuk agamanya akan terselamat dari tergelincir ke lembah pembaziran. Roh Islam yang menguasai jiwa wanita yang bijaksana sentiasa memandunya mengambil jalan pertengahan dan tidak berlebih-lebihan maupun menunjuk-nunjuk. Apatah lagi terjerumus ke jurang riya’ dan bemegah.
Berikut beberapa perkara untuk diberi perhatian dalam kemeriahan yang semakin hampir...
Jika batasan syarak dapat dipatuhi, Aidilfitri tidak sekadar menjadi perayaan adat, bahkan dapat membawa makna besar bagi umat Islam seluruhnya.
Bagaimana hati yang berniat jahat dapat ditundukkan dan dilembutkan dengan kebaikan dan keyakinan kepada pertolongan Allah. Rasulullah SAW ada bersabda; “Allah memurnikan agama ini untuk-Nya. Tidak ada yang mengelokkanmu melainkan watak pemurah dan akhlak mulia. Maka hiasilah agamamu dengan kedua-duanya.”
Sentiasalah memperkemas iman dan taqwa supaya rasa malu dan takut dapat mengawal jiwa. Serentak qalbu bersih daripada sebarang keingkaran. Qalbu yang suci bersih akan sentiasa merasa malu untuk bertindak di luar batasan Islam. Sama ada terang-terangan maupun tersembunyi. Malu terhadap Allah mengatasi malu kepada manusia. Dengan itu akan mudah memelihara diri daripada desakan nafsu dan bisikan syaitan.
Hakikatnya, muhasabah diri mesti berlangsung setiap saat dalam denyutan nadi kita. Tidak hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dengannya jiwa kita bebas dari belenggu yang mematikan semangat dan merosakkan qalbu. Nantinya jelas terpancar dalam raut wajah dan tindakan tanda-tanda hati suci bersih.
Tarikh Itu Datang Lagi...
Kini tiba lagi tarikh 12 Rabiul Awwal, tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad. Satu tarikh yang semestinya sangat menyentuh perasaan kita kerana Allah telah berfiman yang bermaksud;
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, sangat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”.(QS At-Taubah:128)
Dengan merenungi maksud ayat tersebut, sewajarnya kita segera terdorong untuk menyahut seruan serta mencontohi langkah-langkah baginda dalam menunaikan amanah Allah. Mesti sentiasa diingat kita dipertanggung jawabkan dengan peranan berubudiyah sepanjang hayat;
“Beribadahlah menyembah Tuhanmu hingga datang maut menemuimu”.(QS Al-Hajr: 99)
Seiring peranan tersebut, kita juga diperingatkan untuk sentiasa mencontohi risalah yang dibawa oleh Rasulullah;
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah contoh yang baik bagimu (iaitu) orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari qiamat, dan dia banyak menyebut nama Allah”.(QS Al-Ahzab:21)
Begitu sarat bekalan yang terkandung di sepanjang perjalanan perjuangan Rasulullah yang mesti kita hayati dan amalkan. Ianya juga antara sebaik-baik bekalan yang dapat menjamin kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Ketaatan kita kepada perintah Allah dan kepatuhan kita kepada suruhan Rasul akan memperteguhkan ikatan cinta kita kepada Allah. Fahami maksud firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 31;
“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku nescaya Allah menagasihi dan mengampuni dosa-sosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Putera-puteri Harapan Ummat...!!
Sentiasalah kita menyedari hakikat Allah memperteguhkan kecintaan kita kepada-Nya dan kepada Ar-rasul selagi mana kita bersungguh-sungguh mengikuti sunnah Rasulullah. Kesungguhan itu juga akan membawa kita memperoleh darjat iman yang tinggi serta taqwa yang mendalam. Kita telah sedia maklum taqwa merupakan sebaik-baik bekalan yang sangat kita perlukan demi menggarap redha Ilahi serta kebahagiaan hakiki.
Dengan mengikuti sunnah Rasulullah juga membuktikan kecintaan kita kepada baginda. Serentak dengan itu memperkemaskan lagi bekalan kita sepanjang hayat.
Dari itu mari kita teliti bekalan yang akan kita perolehi dari mengikuti sunnah Rasulullah;
1. Rasulullah sentiasa meletakkan hatinya berhubung dengan Allah dalam semua keadaan. Baginda sentiasa memerhatikan setiap bentuk ciptaan Allah serta memuji-muji nikmat Allah.
Begitulah juga sepatutnya diri kita, sentiasa ingatkan Allah dalam keadaan susah maupun senang. Sentiasa pula bertasbih dan berzikir sebagai tanda syukur dan memuji Allah. Tidak lupa beristigfar untuk memohon keampuan Allah. Rasulullah sendiri sentiasa beristigfar siang dan malam sebagai contoh untuk kita ikuti.
2. Rasulullah sentiasa berdoa dalam semua urusan hidupnya agar sentiasa Allah permudahkan dan diberkati.
Kita juga sepatutnya demikian. Dalam apa jua urusan hidup, bermula sebelum lagi kelahiran seseorang bayi, sudah berdoa memohon jodoh yang baik dan keturunan yang baik. Sehingga akan mengakhiri hayat, tetap berdoa agar mati dalam keadaan redha meredhai.
Begitu juga dalam segala urusan lain, kecil dan besar semuanya diiringi doa. Hinggakan keluar masuk tandas juga disertai doa.
3. Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan tarikan dunia. Tidak terpengaruh dan tidak terpedaya tipuan nafsu dan hasutan syaitan. Sehingga sanggup menganiaya orang lain.
Kita semestinya mempamerkan kepribadian Islam yang unggul dan istimewa. Beserta watak kesopanan yang tidak melukai hati sesiapa pun.
4. Rasulullah memperlihatkan contoh munajat dengan beribadah malam hari. Dalam sunyi malam ketika semua leka dibuai mimpi, kita dianjurkan bangun meraih limpah kurnia Allah.
Begitulah juga semestinya kita seandainya benar mencontohi sunnah baginda. Tidak teragak-agak lagi untuk mempraktikan ketaatan dan kepatuhan. Lantas bersegera merebut rahmat Allah.
5. Rasulullah juga diutus Allah sebagai rahmat untuk seluruh alam. Baginda memperlihatkan watak rahmah dan kasih sayang kepada semua makhluk Allah. Hinggakan berlaku belas terhadap haiwan.
Di sudut ini dalam mencontohi Rasulullah, hendaklah kita berlaku sopan sewaktu berbicara dengan orang lain. Beri perhatian dengan hikmah sewaktu orang lain bertutur dengan kita. Jangan berbisik berdua sewaktu ada orang ketiga sedang memperhatikan. Ini supaya tidak mendukacitakan hati sesiapa jua.
Begitulah Putera-puteri Harapan!
Bersegeralah mulakan langkah mencontohi Rasulullah dalam mempraktikan sunnah. Untuk membicarakan secara terperinci, sunnah nabawi memang luas…namun yang lebih utama untuk dijadikan bekalan sepanjang hayat adalah pelaksanaan secara beransur-ansur serta berterusan. Mulanya sedikit dahulu, tetapi berterusan dan ditingkatkan.
Ingatlah...,
Barangsiapa tidak mengikuti sunnah Rasulullah, dia akan mudah terjerumus ke lembah kelalaian dan kelekaan. Sama seperti hidupnya haiwan sekadar memenuhi keperluan makan dan minum juga desakan hawa nafsu semata-mata.
Oleh itu mari kita perkemaskan lagi langkah kita dengan lebih tekun merujuk sunnah Rasulullah di dalam kitab-kitab hadis. Agar nanti terbit perubahan watak yang baik dalam tingkah laku kita bertepatan dengan matlamat Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak.
Kita tangguhkan dahulu dengan lafaz doa;
“Ya Allah! Bagimu segala puji seagung kemulian-Mu dan kebesaran kekuasaanMu. Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhan-ku dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.
Maha Suci Engkau ya Allah! Dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu”. Aamiin.








.jpg)


