UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA



oleh: Ummu Anas

Semua pengunjung budiman!

Saya tertunduk malu dengan mata terkedip-kedip bila menatap tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA.

Pada hakikatnya, hal itu belum wujud dalam diri saya, hanya sebagai impian yang seindah mimpi...
Oh! Bilakah akan dapat saya capai dan garap?

Pernah saya tanyakan seorang teman penulis yang dalam masa yang sama tenaga pengajar dalam bidang kewartawanan, kata-kata yang diajukan kepada saya benar-benar telah menggugah hati saya. demikian bunyinya:


"Seorang penulis persuasif yang berjaya sentiasa memperkayakan dirinya dengan ilmu dan istilah-istilah baru. Dia tidak hanya berpuas hati dengan hanya pandai membina ayat, tetapi dia menghiasi ayat-ayat yang dibina dengan elemen-elemen daya penarik dan istilah yang boleh memerangkap jiwa dan emosi pembaca."

Aduh!...Terlongo saya mendengarnya dan terkedip-kedip lagi mata saya merenung matanya yang tampak serius dalam bicaranya itu.

Saya beranikan diri bertanya lagi...

Bagaimana cara sebaiknya membina diri dan keupayaan ke arah itu?

Jawapannya:

1. SUKA KEPADA BAHASA
Penulis yang berkesan mesti suka kepada bahasa. Ini bermakna suka kepada pengucapan atau ungkapan-ungkapan yang segar dan meyakinan. Menguasai pertuturan dan sentiasa bertutur dalam sususan bahasa yang betul.

2. SUKA MEMBACA
Penulis tidak boleh terpisah dari bahan bacaan, setiap detik diisikan dengan aktiviti membaca. Baca apa saja bahan bacaan terbaik yang mengukuhkan kecenderungan menulis yang sesuai dengan tabiat dan bentuk penulisan yang kita pilih.


Wah! Setelah mendengar katanya itu, saya bangun berdiri lalu mahu bergerak dan bertindak menepati apa yang sahabat saya sarankan itu..., tiba-tiba beliau menahan saya; ada lagi beberapa perkara yang perlu saya semak selalu dalam diri saya.

Apa dia perkara penting itu....?

* Menulis bererti berkomunikasi, iaitu menyampaikan mesej kepada khalayak sasar/pembaca. Tuliskan perkongsian maklumat dan ilmu bermanfaat, supaya khalayak pembaca terdidik menjadi baik.

* Penulis yang berjaya akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kemampuan bahasanya dengan laras dan lenggok yang sesuai untuk pelbagai kumpulan sasar, kanak-kanak, remaja dan dewasa.


Wow! Saya rasa sungguh banyak yang mesti saya lakukan segera untuk melengkapkan diri ke arah impian saya; menjadi PENULIS YANG BERJAYA!

Saya pun bingkas bangun untuk segera bertindak..., sempat juga saya kerling senyum simpul sahabat saya itu seiring dengan kata-katanya mengakhir sesi pertemuan kami; Anda adalah diri anda, serlahkan keistimewaan bakat dan gaya tersendiri anda. Cungkil dan pupuk bakat berkenaan. Segeralah maju untuk menzahirkannya supaya manusia sejagat akan terdidik berwibawa!

Saya pun ketika itu, tidak lagi menoleh ke belakang..., terus maju laju... menggarap dan mengolah apa yang saya termampu. Kini di mana saya berada??? Sayu hati saya bila merenungi tajuk di atas; CIRI-CIRI PENULIS BERJAYA

Mari bantu saya,...dan seharusnya kita saling bantu-membantu demi kelangsungan bidang penulisan yang sangat berkesan mendidik insan lain kepada kebaikan.

3 ulasan:

Unknown berkata...

MasyaAllah...

Jazakumullah ummu anas, sungguh, ana jg terkesan dgn pesanan2 shbt ummu anas itu.

teringat ana pada ayh shbt ana, jg motivator dan penulis terkenal, Pahrol Juoi, ada berpesan pd ana dan teman2, kalo nak menulis, mesti kene byk membaca..

12 Jun 2010 pada 3:30 PTG  
Noraini Eslah berkata...

ya, anakda zawir amin...,jika membaca telah sebati dlm jiwa kita..., walau hanya lima minit masa kita jd senggang tanpa mmbaca...,sgt kita kesali...
apatah lg jika mmbaca yg kita biasakan itu trisi dgn mmbaca yg berupa zikrullah...alangkah ruginya...moga kita upaya melaksanakan kebaikan...

12 Jun 2010 pada 6:53 PTG  
Noraini Eslah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. 12 Jun 2010 pada 6:53 PTG