UMMU ANAS

Jalan-jalan yang kulalui...

HATI YANG INDAH


Dengan namaMu yang Maha Agung lagi Maha Tinggi,
Ku ziarahi hati-hati yang Engkau limpahi kasih Ilahi...,
Moga ini Engkau redhai sebagai amal soleh.

Wahai setiap hati yang sentiasa diperhati,
Sentiasalah melaraskan kedudukan hatimu di landasan iman dan taqwa;
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS AR-R'ad:28)

Hati...,sesuatu yang unik kewujudannya. Mempunyai bentuk yang nyata..., juga memiliki rasa.
Sebagai salah satu organ, juga sebagai salah satu sifat yang memenuhi perasaan. Bila dilihat sebagai organ, hati yang sehat akan mempengaruhi kesehatan jasad seluruhnya. Bila hati mengalami kecederaan atau diserang penyakit, kesihatan seluruh tubuh turut terganggu.
Bila disebut tentang hati yang bersaudara kembar dengan jiwa, ianya akan berkait rapat dengan perasaan. Hati yang baik dan sejahtera akan memberi perasaan tenteram dan membentuk watak mulia dan bersopan. Kedua-dua bentuk hati ini tetap punya kesan besar dalam kehidupan insan. Sehat hati, sehatlah jasad dan mulia peribadi.


Dalam memenuhi tanggungjawab berubudiyah serta melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah, kita perlu memiliki hati tulus dan ikhlas. Tulus tanpa sebarang kepentingan peribadi. Ikhlas semata-mata mengharap redha Allah. Inilah gambaran hati yang sungguh indah. Kebaikannya akan membawa manfaat kepada hidup insan lain.

Hati yang indah ini juga bermaksud hati yang ikhlas. Tanda-tandanya dapat dilihat;
1.Takutkan kemasyhuran.
Ibrahim bin Adham berkata: "Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar terhadap Allah".
Fudhahil bin'Iyad berkata: "Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah.Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah?".
Bisyr Al-Hafiy berkata: "Tidak akan merasakan manis kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah-tengah kalangan manusia".
2. Sentiasa khuatir amalan diri tidak Allah terima jika ada riyak menyusup tanpa disedari.
3. Beramal diam-diam secara sembunyi dari publisiti.
4. Tidak asyik dan mengharapkan pujian.
5. Tidak kedekut memuji orang lain yang berhak dipuji.
6. Melaksnakan tanggungjawab khalifah Allah tanpa mengharap pengiktirafan ketokohan juga sebarang jawatan kepimpinan.
7.Mencari keredhaan Allah, bukan redha manusia.
8. Redha dan marah kerana Allah semata-mata.
9. Sabar di sepanjang jalan hidup.
10. Merasa senang sekiranya ada orang lain yang turut bergabung keupayaan dalam melaksanakan amanah Allah.
11. Menghindari ujub dan bangga diri.
12. Terus-menerus menjalani proses pembersihan diri dan nafsu.Wahai hati-hati yang sentiasa hajatkan ketulusan hakiki,
Isi masamu memperkemas dan memantapkan keikhlasan;
1. Ilmu yang mendalam berkaitan pebinaan ikhlas dan praktiknya.
2. Bersahabat dengan orang-orang yang ikhlas.
3. Membaca sejarah orang-orang yang mukhlis.
4. Mujahadah melawan nafsu.
5. Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua keadaan.

Merenungi hakikat ikhlas ini...,membuat diri kerdil ini merasai betapa Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hambaNya. Bagi diriku... sepanjang jalan hidupku terasa seperti tercampak dan terbuang , namun alam yang luas Allah bentangkan sebagai rahmat. Asal saja mengambil Islam sepenuhnya sebagai sebaik-baik cara hidup. Justru hati diserahkan untuk dididik dan dibersihkan di dalam wadah amar maaruf nahi munkar, terasalah kini betapa Maha Suci kasih Allah Rabbul 'Izati.

Semoga kita semua kekal ke akhir hayat di dalam hidayahNya...
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada RabbMu dalam redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan silalah masuk ke dalam syurgaKu".

7 ulasan:

sinar_islami berkata...

cukup tersentuh isu hati ni
sbb susah nk menjaga dan merawat..
dan ana suka kata2 fudhail tu..mmg kemas dlm buku catatn..

syukran ummu anas..

30 Mei 2009 pada 2:07 PTG  
Noraini Eslah berkata...

Jazakallah sinar Islami, atas kesudian bri ulasan. Moga inijuga dlm rangka ingat-mengingati djln kbenaran.

Hati mmg seni urusannya...,diri kerdil ini trasa benar sering d uji... Sokongan n ukhwah-mahabbah antara kita akan dpt saling menguat hubungan dgn Allah. Secara langsung memelihara hati dari terpedaya bisikan-bisikan liar. Yg trbaik, segala kebaikan kita lakukan dlm rahsia; antara hamba dan Rabb.
Wallahu'alam.

30 Mei 2009 pada 11:47 PTG  
halawatul iman berkata...

kebersihan hati, melahirkan tingkah laku yang juga bersih dan syarak disisi islam...tetapi..kadang2 manusia keliru siapa yang mengawal diri..adakah hati atau otak (fikiran)...makcik boleh ulas sikit? =)

31 Mei 2009 pada 3:27 PTG  
Noraini Eslah berkata...

Subhanallah, hanya Allah punya jawapan tepat dan benar...Selaku hamba Allah,solan ini umpama peringatan buat bonda.
Otak adalah penyimpan maklumat ilmu. Hati fungsinya menilai dan meneliti segala yang diisi dan singgah menyapa naluri. Allah kurniakan hati untuk mengawal segala tindakan. Kiranya hati telah diisi iman dan taqwa, kawalannya brbentuk syar'ie. Terus-mnerus muhasabah, agar Allah bri prlindungan bagi setiap tindakan. hakikatnya hati lebih utama dari akal. Akal tanpa hati bersih, hanya lahir tindakan yang tipis kesopanan. Memang rumit...namun hati yg brhubung dgn Allah sentiasa terpimpin. wallahu'alam.
Kiranya kabur keyataan ini...hati ini masih perlu dbasuh dgn ubudiyah...

31 Mei 2009 pada 4:16 PTG  
halawatul iman berkata...

jzkillah mck.sebenarnya,ana ada buat presentation hari tu pasal brain.ana nak cuba relate dengan hati...

jzkillah ats jwpn mck...
moga Allah kurniakan kepada kita semua hati yang berisi padat dengan iman dan taqwa..

31 Mei 2009 pada 10:13 PTG  
Noraini Eslah berkata...

Trimakasih juga utk halawatul iman,
Dulu pun mkcik fikir otak/akal yg mmbuat prtimbangan, sdg hati brmain dgn perasaan.
Setelah mmbaca n brbincang n brtanya, nampak sikit jawapan. Alhmdllh bila rujuk Qur'an n hadis, lbih jelas jwpn.
*hadis brkait hati
*ayat2 Q bnyak sebut...fikir n rasai.
Wallahu'alam.

1 Jun 2009 pada 7:45 PG  
Noraini Eslah berkata...

Terima kasih armuoris atas info yang cukup baik

5 Jun 2009 pada 8:35 PTG